Home » , , , » Sebab Trafik di MRR2 Akan Jadi Lebih Kronik

Sebab Trafik di MRR2 Akan Jadi Lebih Kronik

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , ,

3 KM AMBIL MASA 30 MINIT

JALAN MRR2 YANG SELALU SESAK JEM


MRR2 memang menjadi jalan utama kepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Waktu puncak seawal jam 7.00 pagi dan bermula 4.00 petang MRR2 akan sesak dengan kenderaan baik motosikal, kereta, bas dan lori. Ada beberapa lokasi utama yang sering berlaku kesesakan luar biasa di MRR2.


Antaranya di :

1. Berhadapan Hotel Flamingo KL
2. Exit ke Highway GrandSaga (Cheras - Kajang)
3. Persimpangan Desa Tun Razak
4. Berhampiran Taman Connaught (jika ada lori rosak)
5. Jejambat Jalan Kuari




Pengalaman aku sendiri memang dah masak sangat dengan MRR2. Setiap hari at least 2 jam atas jalan. Sebab utamanya tiada TOL. Mana tahan kalau nak lalu highway tapi still bersesak jugak. Duit keluar penat lagi. Baik penat tapi duit tak payah keluar. Ada orang kata minyak lagi cepat habis kalau jem. Memang pun. Tapi kalau ikut highway kita expect jem tu berkurang tapi kalau takde beza tak payah.
 

Semalam memang aku sumpah seranah dalam kereta bila jem dah mula dari Pandan Indah - Hotel Flamingo. Maklumlah sebelum ni cuti sekolah dah biasa 'lengang' sikit. Siap check dalam Waze (klik untuk tutorial Waze). Nampak lah ada ikon polis. Aku pun sebab dah biasa pun abaikan lah. Lagi pun area dekat Hotel Flamingo memang ada polis trafik block lane paling kiri pasal nak bagi laluan untuk pemandu dari Jalan Ampang dan AKLEH.



KARTUN JALAN JEM



Yang bikin panas tu elok dan sampai depan Hotel Flamingo, aku terkejut sebab polis dah block semua lane MRR2 (3 lane). Patutlah dari belakang tadi kejap jalan kejap berhenti. Biasanya walaupun jem tapi still bergerak 10 km/j dan brek pun tak lebih 5 saat. Tapi semalam memang lama gile kot! Itu yang sampai 3 km punya jarak sampai lebih 30 minit! Aku rasa kereta belakang maybe sampai ke KESAS sangkut kesan daripada tindakan bijak ini.


Difahamkan polis cuba nak kurangkan jem dalam bandar KL kalau wat camtu. Bagi laluan untuk kereta dari pusat bandar keluar dulu. Tapi ada masanya tindakan ini menyebabkan kesesakan lalulintas lebih teruk di MRR2 yang memang perlu 3 lane berfungsi setiap masa. Bila lah semua ini akan reda. Aku pasrah sebab dah selalu jem. Kalau hujan 2 jam lebih baru sampai rumah.


"Semakin jauh jarak perjalanan anda semakin tinggi risiko anda untuk tersangkut dalam kesesakan lalulintas"





Antara punca MRR2 selalu jem / sesak :


1. Terlalu banyak exit sepanjang laluan

2. Terlalu banyak kenderaan berat pada waktu puncak

3. Kenderaan rosak di tengah jalan

4. Polis trafik menghalang laluan

5. Hujan yang terlalu lebat

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Sebab Trafik di MRR2 Akan Jadi Lebih Kronik "

  1. Isdawati Ismail Says:

    cara elakkan jem...













    cari rumah dpn pintu office @kerja dari rumah

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets