Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia di Australia Jun 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MASIHKAH ADA SINAR DI AUSSIE..





Bermula petang ini skuad kebangsaan kita akan menentang kelab bola sepak tempatan Australia dalam usaha memantapkan  persediaan sebelum kempen Piala Asia 2015 bersambung Oktober depan. Setelah menempuhi saingan liga super dan Piala Malaysia yang mencabar, pemain negara kembali bersatu demi mencapai satu misi yang sama iaitu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.


Mungkin ada peminat yang mempersoalkan pemilihan lokasi Australia yang dilihat berbeza keadaan cuaca dari negara lawan Malaysia dalam kumpulan D seperti Yaman, Bahrain dan Qatar. Ada juga yang mempertikaikan kenapa Malaysia tidak menyusun perlawanan persahabatan dengan negara yang lebih kuat dibandingkan dengan kelab divisyen Australia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Syabas Khairy Jamaluddin | Demi Maruah Bola Sepak Negara

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

TAK PAYAH NAK MELENTING SANGAT LA




Dah lama tak tulis pasal bola sepak tempatan ni. Bukan apa. Aku ni memang tak ikut sangat pun. Orang kata dah tawar hati dengan pengurusan FAM yang lapuk dan tak relevan. Puncanya? Ada la kerabat sorang tu yang dah jadi Presiden seusia dengan kelahiran aku di dunia ini. Nak cakap bapak lama. Inilah bahana bila kita memberi ruang kepada orang yang kurang arif tentang sukan bola sepak memegang jawatan penting.



Minggu lepas kecoh pasal pembatalan perlawanan separuh akhir Piala FA kedua antara pasukan tuan rumah Presiden FAM (Pahang) dengan  Johor Darul Takzim (JDT) ekoran jumlah penonton yang melebihi dari kapasiti Stadium Darul Makmur. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sibuk mengutip keuntungan hingga lupa akan aspek keselamatan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Mourinho Kembali Terajui Kerusi Panas Chelsea! | Dokumentari The Special One

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

CHELSEA MAKIN TERDESAK?



Roman Abramovich terpaksa memanggil semula bekas pengurus Chelsea yang dipecatnya 6 tahun lepas untuk mengembalikan kegemilangan Chelsea sebagai satu pasukan yang digeruni. Sepanjang peninggalan 'The Special One' itu Chelsea hanya menang 1 trofi EPL, 3 FA Cup, 1 Community Shield, 1 Europa League & 1 UEFA Champions League.


Juga dalam tempoh 6 tahun itu, seramai 8 orang pengurus/pengambil alih telah cuba mengulangi kejayaan Mourinho antaranya Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Ray Wilkins, Guus Hiddink, Carlo Ancelotti, Andre Villas-Boas, Roberto Di Matteo dan terbaru Rafa Benitez. Dalam senarai itu hanya Carlo Achelotti sahaja yang berjaya menghabiskan satu musim penuh bersama Chelsea.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/