Mourinho Kembali Terajui Kerusi Panas Chelsea! | Dokumentari The Special One
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , chelsea , dokumentari , EPL , manchester city , manchester united , mourinho , perpindahan , sukan
CHELSEA MAKIN TERDESAK?
Roman Abramovich terpaksa memanggil semula bekas pengurus Chelsea yang dipecatnya 6 tahun lepas untuk mengembalikan kegemilangan Chelsea sebagai satu pasukan yang digeruni. Sepanjang peninggalan 'The Special One' itu Chelsea hanya menang 1 trofi EPL, 3 FA Cup, 1 Community Shield, 1 Europa League & 1 UEFA Champions League.
Juga dalam tempoh 6 tahun itu, seramai 8 orang pengurus/pengambil alih telah cuba mengulangi kejayaan Mourinho antaranya Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Ray Wilkins, Guus Hiddink, Carlo Ancelotti, Andre Villas-Boas, Roberto Di Matteo dan terbaru Rafa Benitez. Dalam senarai itu hanya Carlo Achelotti sahaja yang berjaya menghabiskan satu musim penuh bersama Chelsea.
Apa sebenarnya yang dicari Roman Abramovic? Kejayaan segera yang datang tanpa henti? Pelaburan dalam dunia bola sepak memerlukan kesabaran dan konsistensi. Siapa yang jadi pengurus harus dinilai dengan komitmen bukan hanya kejayaan yang dicapai semata-mata. Sukar untuk seseorang pengurus untuk menang piala demi piala kerana pasukan lain sudah pasti akan mencabar mereka.
Mari kita soroti kejayaan dan kejatuhan Mourihno sebelum dipecat pada tahun 2007.
2004 - 2005 : Chelsea menang EPL dan League Cup
2005 - 2006 : Chelsea menang Community Shield dan EPL (United menang League Cup)
2006 - 2007 : Chelsea menang FA Cup dan League Cup (United menang EPL)
Julai - September 2007 : Chelsea ketinggalan jauh dengan United (United menang EPL)
Apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah perbezaan pengurusan kelab Chelsea dan Manchester United yang memberi ruang serta kepercayaan penuh kepada pengurus kelab. Satu-satunya piala yang gagal dimenenagi Mourinho ketika di Chelsea ialah trofi UEFA Champions League. Roman tak boleh terus pecat hanya kerana beliau terlalu inginkan kejayaan setiap musim. Kadangkala moral pasukan selepas sesuatu kejohanan besar seperti Piala Dunia boleh mempengaruhi prestasi dalam kempen liga.
Ditambah pula dengan keputusan pengadil yang mungkin boleh dipersoalkan. Semua ini bergantung pada nasib selain kualiti pemain. Manchester United mempunyai 3/4 generasi pemain untuk mengungguli EPL sejak 1992 hingga kini. Apa yang dilakukan Sir Alex Ferguson ialah sentiasa membina pasukan yang dinamik sama ada dari segi pengalaman dan juga kualiti individu.
Adakah Mourinho dipanggil semula setelah Chelsea berjaya bergelar Juara UEFA Champions League dan Europa League dalam tempoh masa dua tahun berturut-turut?? Atau untuk mengembalikan Chelsea sebagai kuasa besar di EPL yang buat masa kini nyata didominasi dua kelab dari Manchester.
Aku tak nak ulas kenapa hanya pengambil alih sementara Chelsea (RDM & Benitez) sahaja yang berjaya menang piala Eropah. Nanti orang cakap aku jeles walhal faktor nasib banyak memainkan peranan disebalik kejayaan itu. Jika kita hanya memperjuangkan tempat ketiga atau keempat mungkin usahanya tidak sama dengan mempertahankan kedudukan teratas liga.
"Peter Cech, John Terry, Frank Lampard, John Obi Mikel dan Essien antara pemain yang masih kekal bersama Chelsea sejak Mourinho dipecat pada tahun 2007"
Kehadiran Mourinho bakal memberi suntikan baru kepada semua kelab di EPL untuk musim 2013/2014. Pertukaran pengurus di Manchester United dan Manchester City memberikan peluang sama rata kepada tiga kelab elit untuk memenangi trofi kali ini. David Moyes akan cuba meneruskan legasi Sir Alex Ferguson. Begitu juga dengan Manuel Pellegrini yang menunggu masa diumumkan secara rasminya sebagai pengganti Roberto Mancini.
Dokumentari Jose Mourinho | The Special One
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..