[Video] Bukti Kekasaran Nani Tak Patut Dapat Kad Merah

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PENGADIL JUGA MANUSIA BIASA


NANI RED CARD VE REAL MADRID, WHY NANI WAS SENT OFF



Banyak betul suara-suara yang nak hentam Manchester United selepas kalah dengan Real Madrid. Perlawanan tu berakhir dengan kontroversi kad merah Nani dan United terpaksa bermain 10 orang lebih dari 30 minit. Pemain lain sukar menerima keputusan pengadil dan memerlukan masa untuk menenangkan keadaan.


Kad kuning mungkin cukup sebagai amaran kasut but tinggi. Lagipun mata Nani jelas melihat pada keadaan bola. Peminat lain boleh search dalam Youtube pasal skill Nani dan korang akan jumpa teknik hampir serupa yang digunakan untuk mengawal bola tinggi.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Tetap Hebat Walaupun Kalah dengan Real Madrid

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HAKIKAT BOLA SEPAK YANG PAHIT UNTUK DITELAN


Manchester United 1 - 2 Real Madrid
(Real Madrid layak dengan Agg 2-3)


Pertembungan dua gergasi bola sepak dunia akhirnya berakhir dengan kontroversi kad merah. Pengadil Turki, Cuneyt Cakir memang mempunyai rekod buruk dengan kelab EPL. Sepanjang perlawanan Real Madrid jarang sekali mendapat ruang seperti di Bernabeu. Walaupun lebih banyak menguasai bola tapi pertahanan United masih mampu mengehad kemaraan mereka.


Tapi peminat 'Asal Bukan Man Utd' bersorak apabila mendengar berita kekalahan Manchester United. Biasanya penyokong ni bosan sebab pasukan United jarang kalah.  Perlawanan awal pagi tadi jelas memihak kepada United sehinggalah pengadil melayangkan kad merah kepada Nani.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

UCL : Keputusan Perlawanan Manchester United vs Real Madrid | 6 Mac 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PENGADIL MENIDAKKAN TREBLE UNITED


GAMBAR PENGADIL REFEREE TURKI TURKEY YANG BODOH BAGI RED CARD

Updates : Ulasan Perlawanan Kontroversi Man Utd vs Real Madrid [Klik]

Dalam perlawanan yang sepatutnya menjadi saksi pasukan manakah yang bakal layak ke suku akhir berubah menjadi kontroversi apabila pengadil Turki, Cuneyt Cakir (gambar) merosakkan suasana dalam stadium dengan melayangkan kad merah yang tidak masuk akal kepada Nani pada minit ke-57.


Rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan itu apabila Nani tidak sengaja melakukan kekasaran itu dan ulang tayang membuktikan bahawa bola itu 50-50. SAF bangun dari tempat duduk untuk memprotes kad merah yang dilayangkan. Pemain United juga tidak berpuas hati dan meluru ke arah pengadil perlawanan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/