Showing posts with label belon udara panas. Show all posts

 

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 12 - 15 Mac 2015 | Jadual & Aktiviti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

7TH PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLON 

jadual belon udara panas putrajaya 2015, pertunjukan belon panas 2015


Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 atau Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya merupakan edisi ke-7 program seumpanya dianjurkan. Pesta ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 12 hingga 15 Mac 2015. Program aktiviti akan bermula pada jam 7.00 pagi bertempat di Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya.



Pelbagai acara akan disediakan seperti pengalaman menaiki helikopter, pertunjukan belon udara panas, aktiviti lasak, permainan kanak-kanak dan Night Glow. Anda boleh menempah tiket seawal mungkin bagi mengelakkan kehabisan di sini. Ibu bapa boleh membawa anak-anak pada hujung minggu sempena cuti sekolah yang bakal bermula.



Bagi yang ada GPS, anda boleh setkan lokasi ini di koordinat berikut iaitu 2.923310, 101.683269. Landmark paling mudah adalah Masjid Besi Tuaku Mizan Zainal Abidin atau Bangunan Perbadanan Putrajaya berdepan Palace Of Justice (POJ).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 27 - 30 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014



Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014 kembali lagi. Edisi ke-6 ini akan diadakan bermula 27 hingga 30 Mac 2014 bertempat di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bersempena dengan musim cuti sekolah, anda bolehlah membawa anak-anak ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014.



Banyak aktiviti menarik yang disediakan. Bertemakan '1 World, 1 Malaysia, 1 Fiesta',  acara kali ini disertai peminat belon dari Belgium, USA, Belanda, India, Jerman, Vietnam, Perancis, Switzerland, Malaysia dan Jepun. Buat kali pertamanya kawasan berkelah disediakan untuk para pengunjung berehat sambil melihat keindahan belon-belon berterbangan.



Pelbagai bentuk belon seperti Buzzy the Green Monster Balloon, Darth Vader Balloon, Ice Cream Cone, Heart Shaped Balloon, Doraemon dan lain-lain bakal menghiasi Putrajaya. Bayaran RM 20 / seorang akan dikenakan untuk anda menaiki belon.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/