Home » , , , , , , , , , » 3 Calon Finalis Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014

3 Calon Finalis Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

RONALDO & MESSI BERENTAP LAGI



Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bakal membuat perhitungan siapa lebih layak dianugerahkan pemain terbaik dunia 2014. Mampukah Ronaldo mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada tahun 2013. Seorang lagi calon yang tidak disangka-sangka adalah penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, pemenang Piala Dunia 2014. Siapa antara mereka yang menjadi pilihan anda?



Dari senarai 23 pemain yang disenarai pendek sebelum ini, mereka diundi oleh jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan juga wartawan dari seluruh dunia. Undian asalah berdasarkan pencapaian sepanjang tahun 2014. Ketiga-tiga finalis telah mempamerkan persembahan konsisten dalam merangkul trofi dan memecahkan rekod demi rekod dalam liga.



Neuer beraksi cemerlang bersama Bayern Munich dan menjuarai Bundeliga dan DFB-Pokal. Kemudian beliau mengawal benteng terakhir Jerman di Piala Dunia 2014 yang menamatkan badi menjadi pasukan Eropah pertama memenanginya di benua Amerika.




Ronaldo membantu Real Madrid menjuarai UEFA Champions League buat kali ke-10, juara Copa del Rey dan UEFA Super Cup. Beliau juga menjadi penjaring terbanyak La Liga untuk tahun 2014. Bagaimanapun pencapaiannya bersama Portugal agak suram dan ini mungkin menjadikan persaingan lebih sengit.






Messi adalah pakar memecahkan rekod penjaring ketika ini. Dalam bulan lepas sahaja beliau sudah memecahkan rekod penjaring terbanyak La Liga yang dipegang oleh Telmo Zarra (251 gol) sejak tahun 1955 dan rekod penjaring terbanyak UEFA Champions League yang dipegang oleh Raul (71 gol). Kapten Argentina itu juga membantu negaranya mara ke final Piala Dunia 2014 sebelum tewas kepada Jerman dalam masa tambahan.



Siapa juga yang menang, mereka sudah beraksi dengan baik sepanjang 2014. Untuk 6 tahun terdahulu pemenang Ballon d'Or ini dikuasai Messi (4 kali) dan Ronaldo (2 kali). Adakah akan ada kejutan untuk anugerah kali ini? Keputusan rasmi pemenang akan diumumkan pada 12 Januari 2015.



Sementara itu, bagi kategori jurulatih terbaik calon-calonnya adalah :

1. Carlo Ancelotti

2. Joachim Low

3. Diego Simione

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " 3 Calon Finalis Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014 "

  1. wan Says:

    Assalamuallaikum sahabat. Jom join segmen dari blog saya :) http://www.jomkenalislam.my/2014/12/segmen-review-blog-oleh-jom-kenal-islam.html

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets