Home » , , , , , , , , , , , , , » Live Astro Final Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto | Super Series Final 15 Disember 2013

Live Astro Final Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto | Super Series Final 15 Disember 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

WAKIL TUNGGAL MALAYSIA


Keputusan akhir : Lee Chong Wei mng 21-10, 21-12

Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara dalam Kejohanan Badminton Super Series Final 2013 yang mara ke pusingan akhir petang ini. Walaupun kelebihan kita sebagai tuan rumah, kategori lain masih didominasi China, Denmark, Korea dan Indonesia. Untuk pengetahuan mereka yang baru mengikuti Badminton Super Series Final, semua pemain yang terpilih dinilai mengikut kutipan mata tertinggi dalam pertandingan Super Series sepanjang tahun 2013.



Datuk Lee Chong Wei menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dan menewaskan wakil Denmark Jan O Jorgensen dalam perlawanan separuh akhir semalam dengan mata 21-14, 21-16. Lawannya pada pusingan akhir ini adalah pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto yang mengejutkan Kenichi Tago (pilihan ke-2) di separuh akhir.



Sebagai rekod, Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada Tommy dalam 7 pertemuan sebelum ini. Kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Badminton Dunia 2013 di mana Chong Wei menang mudah 21-6, 21-9. Jika mengikut prestasi semasa, Datuk Lee Chong Wei tiada masalah untuk merangkul kejuaraan Badminton Super Series Final 2013.



Jadi kepada peminat tegar badminton dan Lee Chong Wei anda boleh memberi sokongan di Stadium Badminton Cheras petang ini. Tiket online boleh didapati di sini dengan harga RM 30. Cepat bertindak kalau tak nak terlepas peluang ini.



Jadual Penuh Perlawanan Akhir Badminton Super Series Final 2013 Kuala Lumpur

JADUAL PERLAWANAN AKHIR BADMINTON SIRI SUPER 2013 DISEMBER

Nota : Perlawanan ke-3 dijangka pada jam 3.00 pm ke atas tertakluk kepada perubahan.



Saksikan Siaran Langsung Badminton Super Series Final 2013 | Akhir

15 Disember 2013 (Ahad)

Bermula jam 1.00 pm waktu Malaysia

Live di Astro Supersport 4 (817)



Boleh juga tonton secara Visual Live Score di sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Live Astro Final Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto | Super Series Final 15 Disember 2013 "

  1. MalizaMah Says:

    tengah tgk juga nie.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Leeza Dayasaritggu jam 3. hehe

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets