[Video] Keputusan Malaysia vs Singapura | Pesta Bola Merdeka 2013
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , gol , harimau muda , highlight , keputusan perlawanan , malaysia , ong kim swee , pesta bola merdeka , rajagobal , singapura , sukan , video , youtube
PASUKAN SENIOR BOLEH BERSARA AWAL
Tahniah diucapkan kepada Ong Kim Swee dan barisan pemain Harimau Muda dalam perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2013 sebentar tadi. Walaupun hujan lebat mengakibatkan padang lecak dan licin, semangat juang yang ditunjukkan dan disiplin kawalan bola amat memuaskan. Harap-harap pasukan senior kebangsaan menonton cara junior mereka bermain. Jadi terbalik pulak.
Taktikal Ong Kim Swee memang tepat. Kemasukan pemain Sarawak Junior Eldstal memantapkan lagi barisan tengah yang menjadi nadi sesebuah pasukan. Dengan susuk tubuh yang tegap, Junior berjaya mengawal keadaan dengan tenang di samping mencuri peluang melakukan tandukan sewaktu Malaysia mendapat set pieces. Meletakkan 2 pemain serangan jelas memberi petunjuk bahawa Ong Kim Swee mahukan kemenangan dalam perlawanan pertama ini.
Kedua pasukan bermula agak perlahan kerana keadaan padang yang dipenuhi air menyukarkan hantaran pendek. Malaysia menguasai permainan namun beberapa peluang gagal disempurnakan dengan baik. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.
Walaupun pemain Malaysia kurang dari segi ketinggian berbanding pemain Singapura, jika kita bermain dengan kekuatan tersendiri kita boleh menang!
Junior Eldstal |
10 saat memasuki separuh masa kedua, Malaysia akhirnya membuka jaringan apabila Thamil Arasu bijak mencuri bola hasil tandukan Junior Eldstal untuk gol tunggal perlawanan. Malaysia hampir menambah gol namun sepakan penalti Wan Zack berjaya ditepis penjaga gol Singapura. Lewat permainan cubaan jarak jauh Junior terkena palang dan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan kemenangan tipis 1-0.
Thailand dan Myanmar hanya mampu seri 1-1 meletakkan Malaysia di tangga teratas kumpulan denga 3 mata
Dalam pada itu, Singapura terpaksa bermain dengan 10 orang untuk baki 35 minit perlawanan ekoran insiden seorang pemain mereka dibuang padang kerana sengaja menepis bola menggunakan tangan untuk menghalang dari masuk ke dalam gol. Pengadil tiada pilihan lain selain melayangkan kad merah.
Kemasukan Nazmi Faiz menampak corak permainan yang lebih kemas. Hantaran pendek dan kawalan bola tiga serangkai oleh Nazmi, Irfan dan Junior nyata menghiburkan peminat bola sepak tempatan. Harimau Muda terbaik!
Video Gol Jaringan Thamil Arasu | Malaysia vs Singapura 7 September 2013
Mohon Datuk K.Rajagobal menukar pemain yang kurang konsisten dan gugurkan pemain yang tidak menunjukkan peningkatan. Sekian. #HarimauMudaMainLagiBagus
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..