Jadual Undian Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir UEFA Champions League 2012/2013
Penulis: Que | Kategori: astro , barcelona , bayern , bola sepak , jadual , real madrid , separuh akhir , sukan , UEFA Champions League , undian
GERMANY VS SPAIN ??
Selesai sudah perebutan untuk empat (4) tempat ke separuh akhir UEFA Champions League 2012/2013. 2 kelab dari Sepanyol dan Jerman akan menunggu keputusan undian petang esok. Sebelum ini pertemuan separuh akhir diundi bersekali dengan pusingan suku akhir. Kali ini format ditukar dan pasukan yang layak akan diundi semula.
Kebarangkalian mereka untuk bertemu dengan kelab dari negara yang sama tetap ada. Adakah kita akan saksikan El Clasico ke 7 dan 8 musim ini? Mungkin juga Dormund dan Bayern akan sekali lagi dipertemukan dalam kejohanan Eropah.
Secara matematiknya setiap pasukan akan mendapat 33.33% peluang untuk mendapat lawan masing-masing. Dortmund memiliki kelebihan daripada Real Madrid di peringkat kumpulan. Barcelona pernah membelasah Bayern sewaktu UCL 2008/2009. Tapi dalam perlawanan kalah mati memang agak sukar ditentukan pemenang.
Keputusan Undian Separuh Akhir UCL 2012/2013
Dortmund vs Real Madrid
Bayern Munich vs Barcelona
Semua pasukan yang berjaya layak memiliki kelebihan masing-masing. Dortmund memerlukan 2 gol dalam masa tambahan untuk layak. Barcelona nyaris tersingkir jika tidak kerana gol Pedro. Real Madrid berjaya menyekat kebangkitan Galatasaray. Cuma Bayern Munich menang selesa ke atas Juventus dengan aggregat 4-0.
Ikuti Siaran Langsung Undian Separuh Akhir UEFA Champions League
12 April 2013 (Jumaat)
6.00 pm waktu Malaysia
Live @ Astro SuperSport (811) HD (833)
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
April 11, 2013 at 9:00 PM
sejak man udt dh kalah.. leeza pun dh tak berjaga tgk bola. haaaaaaaa
[Reply to comment]April 12, 2013 at 8:00 AM
@Leeza dayasari [santai leeza] xpe. hanya peminat bola je yang sanggup bgn..hehe
April 14, 2013 at 7:53 PM
mudahmudahan barca yg jadi juara
[Reply to comment]amiiinnn
April 15, 2013 at 4:43 PM
@http://vansheng-beauty.blogspot.com/ nampak gaya bayern ada chance