Home » , , , , , , » Perbandingan Baki Perlawanan EPL Menjelang Manchester Derby April 2013

Perbandingan Baki Perlawanan EPL Menjelang Manchester Derby April 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PASUKAN MANAKAH AKAN DAPAT LALUAN MUDAH

POSTER MANCHESTER DERBY 2012 2013, JADUAL PERLAWANAN MANCHESTER DERBY 2013 MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY, JADUAL PERLAWANAN MANCHESTER UNITED 2013 CITY,


Perlawanan Manchester Derby 2013 April ini bakal menentukan ke mana Piala EPL 2012/2013 akan disimpan. Musim lalu Manchester City dengan megah merampas Piala EPL apabila Sergio Aguero menyumbat gol kemenangan dalam masa tambahan. Sebelum itu, Manchester United menang di Sunderland dan City masih seri 2-2 dengan QPR.


Penentuan Juara EPL milik City dengan kelebihan jaringan walaupun berkongsi 89 mata. Memang keadaan itu amat perit diterima pemain United kerana mereka sudah begitu hampir mendapatkan gelaran EPL ke-20.

 

Tapi itu semua sudah berlalu. Musim ini mereka lebih garang dengan kehadiran Robin Van Persie & Shinji Kagawa. Ditambah pula dengan pemain utama yang sudah pulih dari kecederaan musim lalu. SAF mempunyai barisan terkuat mereka untuk mendominasi EPL untuk 3 tahun mendatang.


Kedudukan akhir EPL musim 2011/2012


Beza gol -8 antara United dan City menceritakan segalanya


Entri : 6 Sebab kenapa United tewas kepada City [Klik]



Setakat minggu ini, United mendahului City dengan 12 mata dengan baki 11 perlawanan. Musim 2011/2012 United mendahului City dengan 8 mata dengan baki 6 perlawanan. Tapi segalanya berubah apabila United tewas 2 kali dan seri 1 kali. City pula menang kesemua baki 6 perlawanan selepas tewas 0-1 kepada Arsenal.


11 April 2012 - Wigan 1-0 Manchester United (hilang 3 mata) 1st

15 April 2012 - Manchester United 4-0 Aston Villa (bangkit semula) 1st

22 April 2012 - Manchester United 4-4 Everton (Lead 4-2 hingga minit ke-83) 1st

30 April 2012 - Manchester City 1-0 Manchester United (perlawanan penentuan) 2nd

6 Mei 2012 - Manchester United 2-0 Swansea (meneruskan perjuangan) 2nd

13 Mei 2012 - Sunderland 0-1 Manchester United (mengharapkan bantuan QPR) 2nd




Mari kita lihat baki jadual perlawanan EPL musim 2012/2013

Manchester United



Manchester City


 Nota : Jadual ini hanya perbandingan baki perlawanan sahaja. Untuk jadual perlawanan EPL setiap minggu yang lebih tepat sila ke laman ini [Klik]



Kotak merah menunjukkan perlawanan United dan City dengan pasukan top 10 EPL setakat minggu ini. United masih ada 6 perlawanan manakala City hanya tinggal 5 perlawanan. United masih mempunyai kelebihan kerena 3/6 perlawanan tersebut akan berlangsung di Old Trafford. Sebaliknya 4/5 perlawanan City akan beraksi di tempat lawan.


Ini termasuk perlawanan Manchester Derby yang akan diadakan pada awal April bergantung pada komitmen United dalam Uefa Champions League. Sebelum itu setiap pasukan akan menentang 3 pasukan dalam EPL yang menawarkan 9 mata lagi. Ini bakal menjadi masa yang penting bagi kedua pasukan.


Manchester United akan menentang Norwich (12th) Reading (19th) dan Sunderland (15th). 2 daripadanya di Old Trafford.


Manchester City pula akan menentang Aston Villa (18th), Everton (6th) dan Newcastle United (13th). 2 daripadanya di tempat lawan.




Entri : Kenapa main di tempat lawan lebih sukar [Klik]



Kesimpulannya, jika jarak antara United dan City sama atau melebihi 12 mata sebelum Manchester Derby, United boleh beraksi tanpa tekanan di Old Trafford. Tapi jika United kehilangan mata sebelum itu, maka perlawanan Manchester Derby akan jadi lebih penting.


Secara teorinya United hanya perlu seri dengan City di Old Trafford untuk mengekalkan jarak di EPL. Jika menang lebih bagus sebab beza mata akan bertambah 3.


Perbezaan gol pun nampak memihak kepada United (gol = 64, bolos = 31) dan City (gol = 50, bolos = 24). Manchester United kini ada kelebihan +7 GD berbanding City. Maknanya, kalau United tewas 4 daripada 11 perlawanan, United masih boleh menang jika GD masih +ve.


Bersambung...

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Perbandingan Baki Perlawanan EPL Menjelang Manchester Derby April 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets