Home » , , , , , , » Chelsea lengkapkan jadual Manchester United buru Treble

Chelsea lengkapkan jadual Manchester United buru Treble

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

SAINGAN SUKU AKHIR ENGLISH FA CUP 2012/2013

PIALA FA INGGERIS CUP 2013 SUKU KAHIR 6TH ROUND,MANCHESTER UNITED VS CHELSEA


Chelsea melakar kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough yang sangat-sangat diperlukan untuk mengurangkan tekanan kepada pengurus sementara, Benitez. Juara bertahan Piala FA Inggeris menerima tamparan hebat apabila mudah dijinakkan Manchester City tempoh hari.


Dikhabarkan ada berlaku sedikit pertengkaran antara pengurus dan pemain sewaktu mereka menjalani latihan pada keesokan harinya. Benitez menuduh ada antara pemain Chelsea yang kurang menyinar dan mengecewakan beliau dalam perlawanan EPL vs City.



Biarpun pemiliknya mempunyai berbilion wang untuk dibelanja untuk membeli pemain bertaraf dunia, namun semangat berpasukan dan juga sikap di atas padang tidak boleh dibeli. Sebab itu mengapa dari 7 piala yang boleh dimenangi kini 1 demi 1 sudah terlepas dari genggaman.


Chelsea hanya tinggal Europa League dan FA Cup untuk menyelamatkan musim 2012/2013 dengan sekurang-kurangnya 1 piala. Kedudukan mereka dalam EPL mula goyah apabila Tottenham memintas di kedudukan ke-3 dan Arsenal hanya beza 2 mata di belakang.






Jadual Lengkap Perlawanan Suku Akhir Piala FA  [Klik]



Pertemuan dengan Manchester United di Suku Akhir kini lebih mencabar. Jika dibandingkan dengan perlawanan EPL tahun lepas (semasa Chelsea kalah kali pertama) United kini berada dalam prestasi terbaik. Pertahanan United tidak bolos dalam perlawanan EPL sepanjang bulan Februari. Dalam tahun 2013 United hanya bolos 8 dari 12 perlawanan dalam semua pertandingan.


Chelsea hanya boleh berbangga apabila menewaskan skuad ke-2 United dalam perlawanan Piala Capital One Pusingan 4. Kebijaksanaan SAF nyata terbukti kini apabila United menjadi pasukan Inggeris tunggal yang masih buru kejuaraan Treble. Apa yang penting? Squad rotation.


Bulan Mac adalah bulan paling bermakna buat United. 4 dari 5 perlawanan akan diadakan di Old Trafford.


2 March - Norwich H (EPL)
5 March - Real Madrid H (CL)
10 March - Chelsea H (FA)
16 March - Reading H (EPL)
30 March - Sunderland A (EPL)



Undian dan susunan jadual musim ini nyata berpihak kepada United. Nak menang Treble bukan senang dan faktor nasib mungkin akan jadi penentu. Dalam 8 hari bermula 2 - 10 Mac tiga pertandingan berbeza akan berlangsung di OT. Kelebihan beraksi di depan penonton sendiri dan tidak perlu travel harus digunakan sepenuhnya.



Entri : Kelebihan United sebelum Manchester Derby April 2013 [Klik]



Chelsea akan kembali ke Old Trafford pada perlawanan ke-2 terakhir EPL. Mungkin ketika itu United sudah bergelar Juara EPL kali ke-20! #GGMU



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Chelsea lengkapkan jadual Manchester United buru Treble "

  1. MalizaMah Says:

    GGMU....... yeah zaaaaaaaaaaa

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Leeza dayasari [santai leeza] Hope United leh mng dgn Real Madrid

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets