Home » » Harimau Malaya Bakal Uji Kemampuan Sebenar Arsenal Chelsea Liverpool | Siri Jelajah Asia 2011

Harimau Malaya Bakal Uji Kemampuan Sebenar Arsenal Chelsea Liverpool | Siri Jelajah Asia 2011

Penulis: Que | Kategori:

Tinggal 1 bulan sahaja lagi..Peminat bola sepak Malaysia akan berpeluang untuk menonton perlawanan persahabatan di antara Harimau Malaya dan gergasi bola sepak English Premier League (EPL) Arsenal, Chelsea & Liverpool. Ketiga-tiga kelab berkenaan telah bersetuju untuk memilih Malaysia sebagai lokasi pemanas badan sebelum memulakan musim baru EPL 2011/12.



Desas-desus ada mengatakan bahawa siri jelajah kali ini merupakan strategi mereka untuk merampas kejuaraan liga yang dimenangi oleh pasukan Manchester United (Glory2). Dengan status Malaysia selaku Juara Asia Tenggara menerusi Piala AFF Suzuki 2010, ia tentunya akan memberi saingan yang cukup menarik untuk disaksikan.




Di samping itu, peminat bola sepak tempatan dapat melihat kelibat pemain termahal dalam sejarah EPL, Fernando Torres ( Liverpool ke Chelsea dengan harga 50 juta pounds) yang bakal berdepan dengan barisan pertahanan serta penjaga gawang Malaysia Aidil Zafuan, Muhammad Muslim & Khairul Fahmi Che Mat (yang dulunya pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United).

Juga kehadiran pemain nombor 2 termahal, Andy Caroll (Newcastle ke Liverpool, 35 Juta pounds) bakal mengegar Stadium Nasional Bukit Jalil. Rujuk post pemain termahal dunia.


 Harga Tempat Duduk Stadium Untuk Semua Perlawanan

Tiket - tiket boleh didapati di kedai TicketPro seluruh negara atau Hotline TicketPro 013-78807999 atau layari laman web www.ticketpro.com.my.

Bagi peminat perlawanan melibatkan Arsenal tiket juga boleh didapati di kedai Nike terpilih (KLCC,The Pavilion, Mid Valley, One Utama & Sunway). Untuk perlawanan Chelsea & Liverpool sila lawati kedai Adidas terpilih berdekatan anda.


Kredit : donnyien.com

RM58 je pun.. Asyik dalam Stadium PES je bosan gak.. Moh kite tengok yang real..Sebab Manchester United tak nak datang (sebab da juara kot) so aku pilih game Arsenal.. Harimau Malaya Boleh!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Harimau Malaya Bakal Uji Kemampuan Sebenar Arsenal Chelsea Liverpool | Siri Jelajah Asia 2011 "

  1. Ur Other Half Says:

    best tp ak lg minat mu.. tp aku g gak cz nk beli baju.kehkehkeh

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    aku pun fan MU..tp xde plak dtg..trpkse la lyn Arsenal sbb dorg pnye passing sedap..Tgk Malaysia bls cmne

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets