Pameran PC Fair 27 Februari - 1 Mac 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2015 (I)




Pameran komputer terbesar, PC Fair 2015 akan berlangsung minggu ini di KL Convention Centre bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac 2015. Pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa bakal menanti anda. Jangan ketinggalan untuk melihat sendiri gajet teknologi terkini yang berada di pasaran.



Setiap pembelian RM 100 ke atas berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Hadiah berupa external Hard Disk, Thumb Drive, Power Bank, Speaker dan lain-lain boleh dimenangi. Layari laman web Pikom dan FB Pikom PC Fair untuk maklumat lanjut.



Program : PC Fair 2015

Tarikh : 27 Feb - 1 Mac 2015

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah Menara KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Capital One Cup 2015 | Chelsea vs Tottenham

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MOURINHO BURU TROFI KETIGA

FINAL AKHIR CHELSEA VS TOTTENHAM 1 MAC 2015

Keputusan akhir : Chelsea 2-0 Tottenham

Jose Mourinho dan Piala Liga atau Capital One Cup memang agak sinonim. Beliau merupakan pakar dalam memenangi trofi ke-4 terpenting dalam ranking bola sepak England. Sebelum ini Chelsea pernah menjulang trofi Piala Liga dua kali bersama Mourinho pada tahun 2005 dan 2007. Kali ini mereka berjaya melayakkan ke final Piala Capital One untuk bertemu Tottenham.



Sewaktu peninggalan Mourinho pada penghujung 2007, Avram Grant berjaya membawa Chelsea ke perlawanan akhir namun tewas kepada Tottenham dalam masa tambahan. Kali ini mereka berpeluang untuk membalas dendam kekalahan tersebut di bawah pimpinan Mourinho pula.



Chelsea menewaskan Bolton (3rd round), Shrewsbury (4th round), Derby (5th round) dan Liverpool (semi final) untuk sampai ke final. Tottenham pula menundukkan Nottingham Forest (3rd round), Brighton (4th round), Newcastle (5th round) dan Sheffield United (semi final).
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

BUKU BERTEMU RUAS

POSTER MAN UNITED VS ARSENAL PIALA FA CUP 2015


United akhirnya mendapat undian di laman sendiri buat kali pertama dalam saingan Piala FA Inggeris musim ini. Namun undian itu tidak semudah disangka apabila mereka bakal melayan kunjungan Arsenal yang juga juara bertahan bulan depan. Liverpool mendapat undian mudah menentang pasukan divisyen 1, Blackburn Rovers.



Awal pagi tadi, Manchester United terpaksa bekerja keras untuk mengatasi pasukan divisyen 2, Preston untuk mara ke suku akhir. Ketinggalan pada minit ke-47, United bangkit menjaringkan 3 gol menerusi Herrera, Fellaini dan Rooney. Kejayaan itu menyelamatkan harapan trofi tunggal yang masih realistik tahun ini.



Dalam dua lagi undian, Bradford City yang telah mengejutkan Chelsea sebelum ini meneruskan kemaraan dengan menewaskan 1 lagi kelab EPL, Sunderland. Mereka akan bertemu Reading di pusingan suku akhir. Aston Villa diundi menentang West Brom untuk melengkapkan pertemuan kelab EPL.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/