Jadual & Keputusan Piala Asia AFC Januari 2015 | Siaran Langsung Astro TV9

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA WAKIL ASIA TENGGARA


Senarai Pemain EPL Ke Piala Asia 2015 [Klik]

Kejohanan Piala Asia AFC 2015 bakal berlangsung pada 9 Januari hingga 31 Januari 2015 di Australia. Negara yang baru menyertai benua ini pada tahun 2005 itu dipilih selaku tuan rumah untuk kejohanan edisi ke-16. Pemenang akan layak secara automatik ke Piala Konfederasi 2017 di Rusia. Lihat sini untuk ketahui apa itu Piala Konfederasi.



Lima bandar yang akan menjadi lokasi tumpuan peminat bola sepak iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Canberra dan Newcastle. Australia layak atas tiket tuan rumah manakala Japan dan Korea Selatan mendapat pengecualian dari bersaing di pusingan kelayakan kerana masing-masing menjadi juara dan tempat ke-3 dalam Piala Asia 2011.



16 pasukan atau negara dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diasingkan mengikut ranking FIFA dalam 4 balang. Australia walaupun berada pada ranking lebih rendah di beri penghormatan untuk berada di balang utama kerana menjadi tuan rumah. Tahun ini tiada wakil dari Asia Tenggara untuk bersaing dengan kuasa besar Asia yang lain.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Persembahan Live Caliph Buskers Hot FM Mojo KRU Pasar Seni Central Market 23 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

FENOMENA CALIPH BUSKERS




Live Show Caliph Buskers vs Hot FM [Klik]

Nama kumpulan Caliph Buskers tiba-tiba menjadi trending selepas penampilan mengejut di pertandingan AJL 29 tempoh hari. Benar kata pepatan "Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Tak Siapa Tahu". Pertaruhan Mojo ternyata berbaloi apabila mereka menang kategori persembahan terbaik dengan trofi dan wang tunai RM 12,000. Selepas ni rezeki Caliph Buskers bakal mencurah-curah InsyaAllah.



Bagi pendengar setia Hot FM, anda mungkin sudah tahu tentang cabaran Caliph Buskers kepada AM Krew Hot Fm untuk menuntut baki 5 bintang yang disimpan sehingga mereka berjaya melakukan persembahan busking di Central Market (Pasar Seni) pada hari ini 23 Januari 2015 (Jumaat) pada pukul 8.30 – 10.00 malam.



Kepada mereka yang ingin menyaksikan persembahan live Caliph Buskers, Hot FM, Mojo dan KRU boleh beramai-ramai ke Central Market malam ini. Kalau tak nak tempuh jem dan pening cari parking, anda boleh menaiki LRT dan berhenti di Stesen Pasar Seni

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips Jimat : Pemilihan Cuti Panjang Bagi Tahun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM BERCUTI


Kalendar Cuti Am Seluruh Negeri di Malaysia [Klik]

Anda sedang merancang cuti tahunan 2015? Cuti tahunan selalu habis? Di sini ada tips pemilihan waktu cuti supaya anda boleh bercuti panjang tanpa mengambil cuti tahunan yang banyak. Cuti yang disenaraikan hanya cuti umum sahaja tidak melibatkan cuti negeri. Harap maklum.


SLOT #1 : 

Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari 2015. 5 Hari Cuti.

Nota : Ambil cuti pada 30 Januari 2015 (1 hari). 1 dan 2 Februari 2015 cuti hari wilayah. 3 Februari 2015 cuti umum Thaipusam. 


SLOT #2 : 

Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari 2015. 5 Hari Cuti.

Nota : Ambil cuti pada 18 Februari 2015 (1 hari). 19 dan 20 Februari 2015 cuti Tahun Baru Cina. 


SLOT #3 : 

Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei 2015. 4 Hari Cuti.

Nota : Ambil cuti pada 4 Mei 2015 (1 hari). 1 Mei 2015 adalah cuti Hari Buruh.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/