Senarai Nama Ahli Kumpulan Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

TIADA JOZAN | TINGGAL VIRUS

barisan kumpulan maharaja lawak 2014



Rancangan kegemaran ramai Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal kembali menemui anda bermula minggu ini. MLM 2014 akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, 10.00 malam bermula 31 Oktober 2014 di Astro Warna (Saluran 132), Mustika HD (Saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna).



Seramai 14 peserta dan kumpulan akan menghiburkan penonton dengan 10 daripada mereka layak secara automatik manakala 4 lagi terpaksa melalui saingan Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega. Agak mengecewakan kerana Jozan tidak menyertai untuk edisi kali ini tetapi Zizan menyertai Yus dan Tauke membentuk kumpulan baru.



Difahamkan Johan ingin berehat seketika selepas mengharungi 8 minggu bersama Super Spontan dan dinobatkan selaku juara. Atas masalah kecederaan kaki dan isterinya yang sarat mengandung anak keempat beliau terpaksa melupakan MLM 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN TERSUNGKUR


Keputusan saingan pusingan ke-4 Piala Capital One [Klik]

Menjelang pertemuan Manchester Derby hujung minggu ini, City menerima tamparan paling hebat apabila tewas mengejut di laman sendiri kepada Newcastle dalam pusingan ke-4 Piala Capital One. Bagi menambah derita juara bertahan itu, mereka bakal kehilangan khidmat David Silva dan Yaya Toure yang mengalami kecederaan dalam perlawanan awal pagi tadi.



5 kelab EPL yang masih bertahan dalam saingan Piala Capital One ialah Chelsea, Newcastle, Southampton, Liverpool, dan Tottenham. Dalam undian peringkat suku akhir awal pagi tadi menyaksikan Chelsea, Liverpool dan Southampton bakal berkunjung menentang kelab divisyen bawahan manakala Tottenham dan Newcastle melengkapkan saingan kelab EPL.



Persoalannya kelab manakah bakal dinobatkan selaku juara baru pada edisi Piala Capital One 2014/2015? Ramai meramalkan musim ini bakal menjadi milik kelab Chelsea di bawah kendalian Jose Mourinho yang merupakan pakar menjuarai sekecil-kecil pertandingan. Mungkin juga Liverpool bakal menikmati nasib baik sekali lagi di saingan suku akhir?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tiket Pas Masuk Percuma Final Super Spontan 24 Oktober 2014 | MITC Melaka

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PERCUBAAN KETIGA JOHAN

TIKET PERCUMA FINAL SUPER SPONTAN 2014 DI MELAKA, harga tiket super spontan akhir 2014, harga tiket untuk masuk ke super spontan di mitc melaka



Dalam episod separuh akhir yang lalu, Rahim (Underteko) dan Jihan (Jihan Everdeen) dari kumpulan Mawas Berduri terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas final selepas mereka berdua dipilih sebagai peserta yang tersingkir. 



Penyingkiran dua peserta itu bermakna laluan enam peserta yang tinggal iaitu Yus (Sugar Kane), Johan (Abe Macho), Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung) dan Achey (Acik Gelek) akan berentap sengit pada Jumaat ini di Melaka Bandaraya Bersejarah bagi merebut hadiah bernilai RM 100,000.




Jom saksikan Final Super Spontan 2014! Datang ke MITC , Melaka, hari Jumaat bermula jam 10 pagi untuk dapatkan tiket dan pas masuk percuma. Siapa bakal menjulang trofi juara Super Spontan 2014? Mampukah Johan menamatkan badi final kali ini?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/