Tiket Pas Masuk Percuma Final Super Spontan 24 Oktober 2014 | MITC Melaka

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PERCUBAAN KETIGA JOHAN

TIKET PERCUMA FINAL SUPER SPONTAN 2014 DI MELAKA, harga tiket super spontan akhir 2014, harga tiket untuk masuk ke super spontan di mitc melaka



Dalam episod separuh akhir yang lalu, Rahim (Underteko) dan Jihan (Jihan Everdeen) dari kumpulan Mawas Berduri terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas final selepas mereka berdua dipilih sebagai peserta yang tersingkir. 



Penyingkiran dua peserta itu bermakna laluan enam peserta yang tinggal iaitu Yus (Sugar Kane), Johan (Abe Macho), Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung) dan Achey (Acik Gelek) akan berentap sengit pada Jumaat ini di Melaka Bandaraya Bersejarah bagi merebut hadiah bernilai RM 100,000.




Jom saksikan Final Super Spontan 2014! Datang ke MITC , Melaka, hari Jumaat bermula jam 10 pagi untuk dapatkan tiket dan pas masuk percuma. Siapa bakal menjulang trofi juara Super Spontan 2014? Mampukah Johan menamatkan badi final kali ini?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Real Madrid vs Barcelona El Clasico 25 Oktober 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PENGGANTUNGAN SUAREZ TAMAT

bila perlawanan barcelona vs real madrid 2014 2015

Keputusan akhir : Real Madrid 3-1 Barcelona

Pertembungan dua musuh tradisi akan mendapat liputan meluas minggu ini. Semuanya gara-gara penampilan pertama Luis Suarez untuk Barcelona dalam perlawanan liga dan masa yang tepat untuk beliau diperkenalkan kepada seluruh dunia ketika Barcelona bertandang ke Santiago Bernabeu.



Walaupun tanpa khidmat Suarez, Barcelona selesa mendahului carta La Liga dengan 3 mata hasil dari gandingan mantap Messi dan Neymar. Kedua mereka telah manjaringkan 7 dan 8 gol. Real Madrid pula ketinggalan 4 mata tetapi prestasi Ronaldo dalam liga domestik sangat menakjubkan dengan 15 gol dari 7 perlawanan.



Perlawanan EL Clasico ini bakal menjadi perlawanan pertama untuk pemain baru seperti James Rodrigues, Toni Kroos, Luis Suarez dan Thomas Vermaeleen. Lionel messi mampu menyamai rekod penjaring terbanyak La Liga yang di pegang oleh pemain lagenda Telmo Zarra (251 gol) jika berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tema Majlis Sambutan Maal Hijrah 2014 | 1436 H Peringkat Kebangsaan

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

TEMA MAAL HIJRAH 1436H

POSTER MAAL HIJRAH 25 OKTOBER 2014 1 MUHARRAM, poster 1 muharram tahun 2014


Doa akhir tahun dan awal tahun [Klik]


Pada bulan ini umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun baru 1436H. Bersempena dengan itu, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 25 Oktober 2014 bersamaan hari Sabtu bertempat di PICC, Putrajaya.



Tema pada tahun ini ialah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Acara akan bermula pada jam 8.00 pagi. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis itu.



Kemuncak majlis sambutan ialah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan dan seorang lagi tokoh peringkat antarabangsa.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/