Jadual & Kalendar Hari Cuti Am 2014 | Seluruh Negeri di Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JADUAL CUTI 2014

DOWNLOAD HARI CUTI 2014, JADUAL CUTI UMUM NEGERI KELANTAN, KEDAH, SELANGOR, JOHOR, PAHANG, KUALA LUMPUR, PERAK, SABAH, SARAWAK, PUTRAJAYA, PERLIS, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, TERANGGANU, BILA HARI CUTI 2014


Selamat bercuti semua. Hari ini penganut agama Kristian menyambut Hari Natal. Tak sampai seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Sekolah pun hampir dibuka semula. Setiap tahun paling dinantikan ialah kalendar cuti am dan negeri. Secara teori setiap negeri akan ada lebih kurang 18 hari cuti umum tak termasuk Sabtu dan Ahad. Malaysia memang banyak cuti!



Sampaikan terlalu sayangkan cuti kerajaan siap bagi cuti ganti jika hari pelepasan am tu jatuh pada hari  Jumaat, Sabtu atau Ahad (bergantung pada negeri). Contohnya pada tahun 2014, kita akan sambut Hari Merdeka pada hari Ahad. Jadi bagi negeri yang sepatutnya cuti pada hari Ahad mereka akan dapat cuti ekstra pada hari Isnin.



Banyak kegunaan kalendar cuti ni. Bagi mereka yang nak buat kenduri kahwin, doa selamat, hari keluarga dan melancong eloklah buat perancangan dari sekarang. Antara tarikh menarik untuk cuti panjang pada Tahun Baru Cina dan Hari Merdeka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Thailand Juara Bola Sepak Sukan SEA 2013 | Harimau Muda Kecewa

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ALASAN TAK LOGIK?

PUNCA FAKTOR HARIMAU MUDA MALAYSIA KALAH DI SUKAN SEA 2013, MALAYSIA GAGAL BAWA BALIK PINGAT DI SUKAN SEA 2013


Tahniah diucapkan kepada pasukan remaja Thailand kerana kembali menguasai bola sepak Sukan SEA setelah kali terakhir menang pada tahun 2007.  Penguasaan Harimau Muda di pentas Asia Tenggara hanya bertahan selama 2 edisi bermula 2009 hingga 2011. Kenapa kali ini persembahan mereka nampak lesu dan tidak bermaya?



Kita gagal membawa pulang sebarang warna pingat pada tahun ini. Kecoh di dada akhbar mempersoalkan jumlah pelaburan RM 10 juta yang tidak menampakkan hasil. Bukan kata nak cipta hatrik pingat emas, gangsa pun tak dapat!. Itu kata media dan peminat tempatan.



Aku sebagai pemerhati bola sepak melihat perkara atau isu ini dari sudut positif. Kita masih mempunyai masa depan yang cerah jika pendedahan seperti ini diteruskan. Namun peminat sekalian harus realistik kerana kegagalan ini semua ada sebab yang tidak dapat dinafikan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Diskaun Tol Cuti Hari Krismas 2013 dan Tahun Baru 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

SEBELUM NAIK HARGA?


DISKAUN TOL HARI KRISMAS 2013, DISKAUN TOL TAHUN BARU 1.1.2014Ada ura-ura mengatakan tahun 2014 akan ada kenaikan harga tol lagi. Pening ar macam ni. Bila dah menang pilihan raya semua nak naik! Bukan sikit-sikit.



Ada yang naik sampai RM 1. Kalau ada 10,000 pengguna setiap hari pergi balik dah untung RM 20,000. Kalau sebulan dapat RM 600,000. Bijak permainan konsesi ni. Tapi untuk menyedapkan hati rakyat mereka pun bagi lah diskaun 10 hingga 20 peratus sempena hari perayaan.



Berikut adalah senarai tol yang memberi diskaun pada Hari Krismas 2013 & Tahun Baru 2014


Cuti Krismas 2013 & Tahun Baru 2014 (Diskaun 20 %)

6 pagi 25/12/2013 - 6 pagi 26/12/2013 | 6 pagi 1/1/2014 - 6 pagi 2/1/2014
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), 
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)  
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)


Cuti Krismas 2013

  • Semua Lebuhraya Pantai Timur bermula dari Gombak ke Jabor (Diskaun 10 %)
  • KESAS (Diskaun 20 %)

Nota : Tol LPT hanya memberi diskaun kepada pengguna Touch & Go dan Smart Tag sahaja

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/