Pengajaran Kes Datuk Siti Nurhaliza Tegur YB Khairy Jamaluddin

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

3 PUNCA UTAMA

KESIMPULAN KESAH DATUK SITI DAN KHAIRY JAMALUDDIN, MORAL ISU DATUK SITI VS YB KJ
Kredit : www.utusan.com.my

Hari ini sudah masuk dua minggu episod perbalahan peminat dan penyokong kedua personaliti tersohor negara. Datuk Siti dikhabarkan telah cuba menegur cara YB Khairy dalam penyataannya yang memerli bekas kapten pasukan kebangsaan, Datuk Jamal Nasir. Jika ada yang belum tahu cerita sebenar, anda boleh baca entri ini : Bila Datuk Siti Nak Ajar KJ Pasal Bola Dan FAM.



Apa yang aku cuba sampaikan dalam entri kali ini ialah pengajaran yang boleh kita pelajari untuk menjadi seorang manusia yang dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mungkin Datuk Siti tidak menyentuh berkenaan isu bola sepak dan FAM secara terus. Tetapi di sini ada dua pandangan berbeza yang berpunca dari sebuah tweet.



Jika anda seorang peminat bola sepak dan Harimau Malaya, sudah pasti isu teguran ini akan dikaitkan dengan tempoh kemerosotan bola sepak negara dan status kebal Presiden FAM yang sudah menjangkau  hampir 30 tahun.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Terima Kasih Datuk K. Rajagobal | FAM Terlalu Lambat Bertindak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SAYONARA KING GOBAL

RAJAGOBAL JUARA AFF SUZUKI 2010


Akhirnya terjawab sudah status kontrak Datuk K. Rajagobal bersama pasukan Harimau Malaya. FAM yang bermesyuarat semalam memutuskan bahawa mereka tidak akan menyambung kontrak ketua jurulatih itu selepas 31 Disember 2013. Seperti dijangka, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengendali sementara pasukan kebangsaan.



Aku sendiri sudah menulis tentang isu ini pada bulan Ogos lalu sebelum Malaysia menentang Barcelona (baca sini). Kita mengalami kekalahan demi kekalahan untuk tahun 2013 dengan hanya 2 kemenangan dari 19 perlawanan. Persoalannya, kenapa FAM begitu lambat bertindak dan menunggu sehingga kita terlepas peluang ke Piala Asia 2015 baru nak bermesyuarat?



Jika di negara lain, mereka tidak menunggu lama untuk memecat jurulatih yang tidak menunjukkan peningkatan. Apatah lagi risiko untuk pasukan mereka tersingkir dari kejohanan besar seperti Piala Dunia atau pun Piala Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 2 - SEPAHTU JAMBU & NABIL TERBAIK

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

SEPAHTU, JAMBU & NABIL 4 BINTANG

PENYINGKIRAN KUMPULAN TULANG MINGGU 2 MLM 2013, AHLI KUMPULAN TUALNG YANG TERSINGKIR MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-2, SEPAHTU JAMBU NABIL MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 2

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 3 [Klik]

Kumpulan Tulang yang dibarisi Along Cham, Didie Alias dan Soya menjadi kumpulan kedua tersingkir dari pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Agak ketara persembahan mereka dan Kucai pada malam itu kurang menyengat. Mungkin kombinasi baru dan lama yang tidak menjadi dan kurang punchline yang mampu memikat hati juri.



Minggu kedua bertemakan 'Cerita Rakyat' dan peserta bebas memilih cerita dongeng atau sejarah yang biasa mereka dengar sebelum ini. Kumpulan Sepahtu yang menggungguli carta undian masih lagi berbisa dengan Rahim R2 kembali bernyawa setelah mendapat dialog yang lebih banyak. Komen dari Datuk Yusof Haslam mengingatkan mereka supaya konsisten setiap minggu untuk menjadi juara MLM 2013.



Selain dari Sepahtu yang mendapat 4 bintang, persembahan dan lawak Jambu serta Nabil juga tidak mengecewakan. Jambu mengetengahkan kisah Raja Bersiung diselang seli dengan pergerakan tabik hormat yang akan lucu. Nabil pula dengan cerita Malin Kundang tepai dalam dialek Indonesia ala sinetron. Memang terbaik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/