Terima Kasih Datuk K. Rajagobal | FAM Terlalu Lambat Bertindak
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , FAM , harimau malaya , malaysia , ong kim swee , rajagobal , sukan
SAYONARA KING GOBAL
Akhirnya terjawab sudah status kontrak Datuk K. Rajagobal bersama pasukan Harimau Malaya. FAM yang bermesyuarat semalam memutuskan bahawa mereka tidak akan menyambung kontrak ketua jurulatih itu selepas 31 Disember 2013. Seperti dijangka, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengendali sementara pasukan kebangsaan.
Aku sendiri sudah menulis tentang isu ini pada bulan Ogos lalu sebelum Malaysia menentang Barcelona (baca sini). Kita mengalami kekalahan demi kekalahan untuk tahun 2013 dengan hanya 2 kemenangan dari 19 perlawanan. Persoalannya, kenapa FAM begitu lambat bertindak dan menunggu sehingga kita terlepas peluang ke Piala Asia 2015 baru nak bermesyuarat?
Jika di negara lain, mereka tidak menunggu lama untuk memecat jurulatih yang tidak menunjukkan peningkatan. Apatah lagi risiko untuk pasukan mereka tersingkir dari kejohanan besar seperti Piala Dunia atau pun Piala Eropah.
Tidak dinafikan sumbangan besar Datuk K. Rajagobal suatu ketika dahulu menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan Sea 2009 serta menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama dalam sejarah. Tetapi FAM lupa yang setiap manusia ada waktu kegemilangan dan kejatuhan mereka. Jangan kita terlalu terhutang budi sehingga maruah bola sepak negara digadaikan.
Kini harapan ke Piala Asia 2015 tampak pudar. Slot automatik sudah tertutup. Malaysia harus menang perlawanan terakhir di samping mengharapkan ihsan keputusan perlawanan lain untuk layak sebagai pasukan tempat ke-3 terbaik keseluruhan. King Gobal terlalu banyak melakukan eksperimen yang sia-sia. Pemilihan pemain yang tidak tepat dan taktikal yang lapuk menjadi punca kegagalan Malaysia di pentas antarabangsa.
Keputusan FAM ini terlalu lambat kerana sejak 2010 hingga 2013 kita tiada peningkatan. Bila Tuan Presiden pulak nak berundur? Adakah jawatan itu sudah ditukar kepada jawatan seumur hidup? Masalah jurulatih hanyalah isu kecil melibatkan hala tuju bola sepak Malaysia. Selagi kita belum berani menukar pucuk pimpinan sedia ada, selama itulah Malaysia hanya dipandang sebagai pasukan kerdil di benua Asia.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..