Live Astro : Separuh Akhir Chong Wei Feng vs Chen Long | Badminton Terbuka China 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KEJUTAN CHONG WEI FENG?



Keputusan akhir : Chong Wei Feng kalah 18-21,7-21

Chong Wei Feng melakukan kejutan apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Badminton Terbuka China. Dalam perlawanan suku akhir semalam, beliau menewaskan wakil dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 18-21, 21-14, 21-16.



Petang ini lawan Chong Wei lebih sukar kerana pemain dari China itu beraksi di laman sendiri. Chen Long juga masih bersemangat selepas menjuarai Terbuka Perancis akhir bulan lepas. Untuk rekod, dalam tiga pertemuan terakhir Chen Long belum pernah tewas. Harapan Malaysia bergantung pada Chong Wei Feng untuk melakukan kejutan besar di bumi tembok besar China.



Selain Chong Wei Feng, Malaysia masih mempunyai wakil dalam kategori beregu lelaki. Hoon Thien How/ Tan Wee Kiong akan menentang wakil tuan rumah Chai Yun/Chai Biao.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video Gol] Keputusan Perlawanan Malaysia vs Bahrain | 15 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

TAKTIKAL KING GOBAL DIPERSOAL

 kredit : sokernet.com

 Malaysia 0-1 Bahrain

Malaysia mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk mencuri satu mata berharga di Bahrain malam tadi. Datuk K.Rajagobal memilih taktik bertahan dan menunggu peluang untuk melancarkan serangan balas ke kubu pasukan lawan.



Malaysia berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga minit ke-72 sebelum Bahrain berjaya melepasi pengawasan pertahanan negara yang bertindak cemerlang hampir keseluruhan perlawanan. Kesilapan Aidil menerjah terlalu awal menyebabkan Abdul Latif berjaya mencari ruang selesa sebelum melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi.



Menjadi persoalan hangat, bila mana King Gobal dilihat gagal menggunakan pemain simpanan walaupun kita sudah ketinggalan. Pertukaran yang sangat lambat tidak membantu pemain untuk mendapatkan rentak dan mengubah corak permainan. Mohon komen dan pendapat Dato Siti berkenaan isu ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 1 - SEPAHTU & SHIRO TERBAIK | OSAMA BUAT KEJUTAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TUJUH KUMPULAN DAPAT 4 BINTANG


jep sepahtu maharaja lawak mega 2013 minggu 1

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 [Klik]

Maharaja Lawak Mega 2013 bermula begitu meriah dengan persembahan mantap dari beberapa kumpulan berpengalaman. Buat kali pertama barisan juri diperkenalkan iaitu Datuk Yusof Haslam (Malaysia), Luna Maya (Indonesia), Sheikh Haiqal (Singapura) dan Nora Danish.



Menariknya Maharaja Lawak Mega 2013 memperkenalkan sistem rating 1-4 bintang untuk menilai para peserta.  Majoriti mendapat minimum 3 bintang kerana masih terlalu awal bak kata juri. Hanya 7 kumpulan yang mendapat markah penuh 4 bintang. Mereka terdiri daripada Sepahtu, Shiro, SYJ, Osama, Jambu, SayWho dan Nabil peserta tunggal yang beraksi secara solo.



Paling mengejutkan gandingan pelawak veteran Os dan Isma Alif (Osama) yang begitu selamba mengetengah lawak berjiwa orang muda. Ini sudah pasti menarik peminat yang rata-rata dari golongan remaja dan belia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/