Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Kalah Mati UCL 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BAYERN DAN CITY MARA

PERINGKAT KALAH MATI UCL 2013/14, PUSINGAN 16 TERAKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2013/2014


[Video] Keputusan Perlawanan UCL Matchday 4 [Klik]

Bayern Munich dan Manchester City menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kalah mati atau 16 terakhir UEFA Champions League musim 2013/2014. Bayern dan City masing-masing dalam kumpulan D layak dengan baki 2 perlawanan peringkat kumpulan. Bayern, penyandang juara musim lalu sudah pasti inginkan status juara kumpulan bagi mengelak bertemu dengan pasukan handalan lebih awal.



Manchester City dengan 9 mata melakar sejarah apabila layak buat kali pertama dalam 3 kali percubaan dalam UCL. Mereka mempunyai gandingan penyerang terbaik ketika ini dengan Aguero dan Negredo masing-masing menunjukkan bisa mereka awal pagi tadi. Mungkin tempat kedua kumpulan sudah cukup baik untuk Manchester City. Selepas ini Pellegrini boleh melakukan rotasi pemain dan kembali menumpukan perhatian kepada EPL.



Real Madrid dan PSG masing-masing melepaskan peluang untuk mengesahkan tempat automatik ke pusingan 16 terakhir apabila hanya mampu seri dengan lawan masing-masing. Namun, kelebihan masih berpihak kepada mereka kerana kelebihan mata yang agak selesa.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 4 | 6 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

3 PASUKAN HAMPIRI PUSINGAN KALAH MATI


KEPUTUSAN TERKINI UCL PAGI INI 6 NOV 2013 6.11.2013, KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE 6 NOV 2013, KEPUTUSAN GOL JUVENTUS VS REAL MADRID 6 NOV 2013

Jadual Terkini UCL 2013/14 Setiap Minggu [Klik]

3 pasukan elit Eropah akan layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2013/2014 jika menang dalam perlawanan awal pagi esok. Real Madrid, PSG dan Bayern Munich masing-masing dengan rekod bersih 3 kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan. Bak kata Sir Alex Ferguson, 10 mata adalah jumlah minimum untuk layak ke pusingan 16 terakhir.



Perlawanan ke-4 ini adalah timbal balik dari perlawanan 2 minggu sudah. Real Madrid akan bertandang ke Juventus. Dalam perlawanan lepas Real Madrid menang 2-1. Misi Juventus perlu menang untuk terus bersaing merebut tempat ke-2 kumpulan bersama Galatasaray.



PSG dilihat tidak mempunyai masalah untuk layak ke pusingan kalah mati dalam kumpulan C. Bayern Munich dan Manchester City masih mengungguli dua tempat teratas kumpulan D. Saingan kumpulan A lebih terbuka dengan 3 pasukan masih mampu mencuri slot juara dan naib juara kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun | Awal Muharram 1435 H

Penulis: Que | Kategori: , ,

PERSEDIAAN AWAL MUHARRAM 1435 H

doa akhir dan awal tahun 2013 1435 h, kaifiat membaca doa akhir dan awal tahun 2013
Klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Sebelum kedatangan Awal Muharram, eloklah kita buat sedikit persediaan untuk membaca doa akhir dan awal tahun baru Islam. Kebaikannya untuk kita berdoa dan bermuhasabah memohon agar Allah SWT mengampuni dosa dan kesalahan kita tahun-tahun sebelumnya dan semoga Allah SWT membimbing kita di tahun yang baru. Doa dibaca pada petang dan malam ini.


Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .


Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/