2
COMMENTS
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun | Awal Muharram 1435 H
Penulis: Que | Kategori: awal muharram , doa , tazkirah
PERSEDIAAN AWAL MUHARRAM 1435 H
Klik imej untuk paparan yang lebih jelas |
Sebelum kedatangan Awal Muharram, eloklah kita buat sedikit persediaan untuk membaca doa akhir dan awal tahun baru Islam. Kebaikannya untuk kita berdoa dan bermuhasabah memohon agar Allah SWT mengampuni dosa dan kesalahan kita tahun-tahun
sebelumnya dan semoga Allah SWT membimbing kita di tahun yang baru. Doa dibaca pada petang dan malam ini.
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq