Tema Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435 H | 2013 M

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

TEMA MAAL HIJRAH 1435H

TEMA MAAL HIJRAH 2013 1435H, APA TEMA SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN INI 2013, SAMBUTAN MAAL HIJRAH 5.11.2013

Doa akhir tahun dan awal tahun [Klik]

Malam ini seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan tahun baru 1435H. Bersempena dengan itu, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 5 November 2013 bersamaan hari Selasa bertempat di PICC, Putrajaya.


Tema pada tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Acara akan bermula pada jam 9.30 pagi. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis itu.


Kemuncak majlis sambutan ialah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan dan seorang lagi tokoh peringkat antarabangsa.


Forum Perdana Khas sempena Maal Hijrah akan berlangsung di Masjid Negara mulai 5.30 petang ini, disusuli majlis bacaan Yasin serta bacaan doa akhir dan awal tahun.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video Gol] Keputusan Kelantan vs Pahang | Final Piala Malaysia 3 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

THIS IS PANTAI TIMUR

Kredit video : Sokernet.com

 Keputusan akhir : Kelantan 0-1 Pahang


Tahniah pasukan Pahang yang menjuarai Piala Malaysia 2013. Gol tunggal perlawanan oleh penjaring terbanyak Pahang, Mathias Conti sudah cukup untuk meranapkan impian pemain Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan dalam edisi kali ini.



GOL PAHANG VS KELANTAN VS PAHANG 3.11.2013, VIDEO PERLAWANAN KELANTAN VS PAHANG FINAL PIALA MALAYSIA, PIALA MALAYSIA 2013 FINAL AKHIRMungkin ramai yang tidak menyangka akan keputusan ini. Tetapi peminat sekalian harus faham apa itu permainan bola sepak. Bola itu bulat. Pasukan mana yang lebih dominan dan bernasib baik akan menang sesuatu perlawanan.



Dalam kes ini, Pahang turun tanpa tekanan dan mereka mempamerkan aksi penuh bersemangat. Walaupun rekod tidak memihak kepada mereka, Dollah Salleh sudah dapat menghidu kelemahan pertahanan Kelantan dengan ketiadaan Obinna yang digantung perlawanan. Tahniah kerana taktik itu menjadi malam ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Final Kelantan vs Pahang | Piala Malaysia 3 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PAHANG VS KELANTAN | ASTRO ARENA


PERLAWANAN AKHIR KELANTAN VS PAHANG VS KELANTAN 3 NOVEMBER 2013, PAHANG VS KELANTAN AKHIR 2013 ASTRO TV1, KELANTAN VS PAHANG LIVE ASTRO 3 NOV 2013

Keputusan akhir : Kelantan 0-1 Pahang [Video Gol]

'This is Pantai Timur'. Itu antara ayat yang sering kedengaran di bibir peminat bola sepak tempatan setelah Pahang dan Kelantan mengesahkan tempat di Final Piala Malaysia 2013. Pertemuan skuad Kijang dan Tok Gajah ini mengulangi perlawanan di peringkat kumpulan yang mana rekod memihak kepada pasukan Kelantan.



Kelantan malam ini akan membuat penampilan ke-4 dalam tempoh 5 tahun di pentas Final Piala Malaysia selaku juara bertahan. Pahang pula mengakhiri penantian 16 tahun untuk mara ke perlawanan akhir. Dilabel sebagai pasukan pilihan, Kelantan masih perlu berhati-hati dengan kejutan pasukan Pahang.



Selain dari pertarungan pemain di tengah padang, isu peminat yang hadir juga mendapat perhatian. Lebih kurang 2500 anggota polis ditempatkan di Stadium Melawati, Shah Alam malam ini untuk memantau aspek keselamatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/