[Video Gol] Keputusan Barcelona vs Real Madrid | El Clasico 26 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BARCELONA TERUS KEKAL DI TAHKTA LIGA




 Keputusan Akhir : Barcelona 2-1 Real Madrid

Neymar pemain paling menonjol dalam perlawanan El Clasico malam tadi. Real Madrid menurunkan Bale dalam kesebelasan utama walaupun masih belum cergas sepenuhnya. Taktik Ancelotti itu kurang berhasil dan Real Madrid terpaksa akur dengan kekuatan Barcelona di Nou Camp.



Neymar meledak gol pertama Barcelona pada minit ke-18 sebelum pemain simpanan, Alexis menambah gol kedua pasukan dengan lambungan menarik melepasi Diego Lopez. Kedudukan 2-0 agak selesa untuk pasukan tuan rumah.




Real Madrid mendapat gol saguhati pada minit terakhir perlawanan menerusi pemain muda Sepanyol, Jese Rodriguez. Barcelona menjarakkan kedudukan dengan Real Madrid kepada 6 mata.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Kenichi Tago | Semi Final Terbuka Perancis 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

3 WAKIL MALAYSIA DI SEPARUH AKHIR FRENCH OPEN 2013


LIVE STREAMING LEE CHONG WEI SEMI FINAL FRENCH OPEN 2013

Keputusan Lengkap Badminton Terbuka Perancis [Klik]

Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran Malaysia dalam pusingan separuh akhir Terbuka Perancis 2013 malam ini. Lee Chong Wei mudah menewaskan pemain Thailand Boonsak Ponsana dengan straight set 21-13, 21-17 awal pagi tadi. 



Menanti di separuh akhir Kenichi Tago dari Jepun. Berdasarkan rekod, Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada Tago dalam 14 perlawanan. Kali terakhir mereka bertemu di Final Terbuka Jepun 2013 September lalu.



Dalam beregu lelaki, pasangan muda negara Hoon Thien How / Tan Wee Keong melakar kejutan menewaskan pasangan lebih berpengalaman dari Korea Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong 21-13, 21-10. Kemenangan itu membawa kepada pertemuan dengan beregu utama negara Koo Kien Keat / Tan Boon Heong.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Sarawak vs Pahang 26 Oktober 2013 | Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PELUANG TOK GAJAH LAYAK KE FINAL


SIARAN PAHANG VS SARAWAK VS PAHANG SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 26 OKT 2013 MALAM INI, LIVE TV1 SARAWAK VS PAHANG 26.10.2103, LIVE STREAMING SARAWAK VS PAHANG, SARAWAK VS PAHANG LIVE ASTRO ARENA TV 2013, SARAWAK LAWAN PAHANG MALAM INI

Kedudukan Akhir : Sarawak 1-1 Pahang [Video Gol]

Dua gol belum selamat! Itu kata Dollah Salleh dalam akhbar Metro hari ini. Ada benarnya kerana dalam bola sepak apa-apa boleh terjadi. Kelekaan 1 saat akan membawah padah. Antara Pahang dan Sarawak pasukan mana yang akan bersama Kelantan di Final Piala Malaysia 2013 nanti?



Tugas pasukan Pahang lebih mudah jika mereka berjaya mendapatkan gol di tempat lawan. Namun jika Sarawak menjaringkan gol awal keadaan mungkin akan berubah sama sekali. Pahang akan menyamai pencapaian pada tahun 1997 kali terakhir mereka layak ke final Piala Malaysia.



Bagi Sarawak pula kekalahan 1-3 tempoh hari amat perit dan mereka harus mempamerkan persembahan bertenaga malam ini di hadapan penyokong sendiri. Secara mudahnya, mereka hanya perlu menang 2-0 malam ini untuk layak ke final Piala Malaysia 2013. Jadi mereka perlu mencari gol seawal mungkin untuk memberi tekanan kepada pasukan Pahang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/