NO COMMENTS
Live Streaming Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013 | Separuh Akhir Piala Malaysia
Penulis: Que | Kategori: 2013-2014 , astro arena , bola sepak , keputusan perlawanan , live streaming , malaysia , pahang , piala malaysia , rtm 1 , sarawak , siaran langsung , sukan , tempatan
SIARAN LANGSUNG PAHANG VS SARAWAK
![]() |
| kredit : www.mysumber.com |
Keputusan Akhir : Pahang 3 - 1 Sarawak [Video Gol]
Setelah Kelantan meletakkan sebelah kaki ke Final Piala Malaysia semalam dengan kelebihan jaringan 2-1 ke atas ATM, malam ini giliran skuad Tok Gajah pula melayan Sarawak di Stadium Darul Makmur. Akhbar Metro membangkitkan isu dendam Sarawak kepada Pahang yang menyebabkan mereka terpaksa beraksi dalam Liga Perdana musim ini.
Pahang harus berhati-hati untuk tidak memberi sebarang gol kepada Sarawak jika mahu layak ke final nanti. Bak kata Dollah Salleh mereka perlu menang sekurang-kurangnya 2-0. Mereka mempunyai pemain yang pantas dan ini memberi kelebihan kepada mereka untuk melakukan counter attack.
Sarawak pula tidak kurang hebatnya dengan kehadiran Junior Edstal di bahagian tengah. Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan tegap, Junior boleh menjadi ancaman kepada pasukan Pahang jika Sarawak dihadiahkan sepakan percuma dan sepakan sudut.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq









