Siaran Langsung Liga Lawak Superstar TV3

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

LIGA LAWAK TIRU SUPER SPONTAN?


PESERTA LIGA LAWAK SUPERSTAR TV3 2013


Ahad lepas ada tengok rancangan Liga Lawak Superstar kat TV3. Konsep lawaknya hampir serupa dengan Super Spontan 2013 di Astro Warna tapi dalam format yang berbeza. Ada permainan yang kelakar dan ada yang tak seberapa. Hosnya pulak Adibah Noor. Patutlah ramai yang pelik kenapa hos baru Super Spontan digantikan dengan Hanif dan Ray dari Radio ERA FM.


Rancangan Liga Lawak Superstar akan disiarkan secara langsung dari FINAS

Mulai : 6 Oktober 2013

Hari : Setiap Ahad

Masa : 9.00 malam

di TV3 [Live Streaming]



Liga Lawak Superstar merupakan platform untuk pelakon drama TV3 untuk cuba menghiburkan penonton dengan berlawak jenaka. Setiap peserta akan dibantu oleh pelawak yang lebih berpengalaman untuk merebut hadiah bernilai RM 250,000.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

ENGLAND PERLU MENANG 


JADUAL LIVE STREAMING ENGLAND VS MONTENGERO 12 OKTOBER 2013, JADUAL ENGLAND KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014



Minggu ini tiada perlawanan EPL. Harap maklum ye. Jangan meroyan pulak sebab apa tak update Jadual EPL Gameweek 8 kat sini. England bakal menempuh minggu paling sukar dalam tahun 2013 apabila mereka memerlukan dua (2) lagi kemenangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014



England mendahului kumpulan H dengan 16 mata. Hanya 1 mata membezakan mereka dengan Ukraine dan Montenegro. Poland pula di tempat ke-4 dengan 13 mata dan masih berpeluang layak.  Roy Hudgson tiada ruang untuk melakukan kesilapan lagi. 



Baki 2 perlawanan England menentang pencabar terdekat mereka Montenegro dan Poland. Kelebihan England hanyalah kerana bermain di tempat sendiri. Mungkin sokongan padu penyokong mereka sangat ditagih kali ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Gol Adnan Januzaj | Sunderland vs Manchester United 6 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

WONDERKID SELAMATKAN UNITED



Dalam perlawanan awal pagi tadi, United seolah-olah menempah kekalahan ketiga berturut-turut dalam EPL. Tiba-tiba saja pemain muda yang diberi kepercayaan untuk bermain kesebelasan utama, Adnan Januzaj meledak gol penyamaan pada minit ke- 55. Gol peribadi pertama beliau dalam skuad senior Manchester United.



Nampak gayanya pertaruhan David Moyes untuk meletakkan Adnan menjadi. Bukan mudah untuk seorang pemain muda bermain dalam tekanan tinggi di tempat lawan. Tetapi Adnan membuktikan kenapa Kagawa tiada dalam kesebelasan utama. Berasal dari Belgium, Adnan (18 tahun) melakar sejarah dengan menambah gol kedua untuk United melengkapkan kebangkitan 2-1.



Permulaan United sedikit goyah apabila kesilapan pertahanan menghadiahkan Sunderland gol pertama menerusi Gardner seawal minit ke-5. Bagaimanapun keadaan mungkin akan jadi lebih sukar jika tidak kerana De Gea menepis tandukan Giaccherini (minit 34'). World class save!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/