Tips : Bila Waktu Sesuai Untuk Minum Air Kosong ?

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR KOSONG


FAKTA WAKTU PALING BAIK UNTUK MINUM AIR KOSONG SUAM MINERAL, BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR SUAM,



Air.. Semua orang pernah minum air kan. Air mineral, jus buah-buahan, dan pelbagai perisa lagi yang boleh kita dapati. Tapi dalam entri ini hanya akan lebih fokus pada air kosong atau mineral sahaja kerana minuman ini adalah yang terbaik diperlukan oleh tubuh setiap manusia selain dapat mencegah penyakit kencing manis.



Tahukah anda bila waktu paling baik untuk minum air? Masa kita dahaga? Kurang tepat! Sebenarnya ada kajian yang telah dibuat tentang perkara ini. Minum air pada waktu-waktu tertentu dapat mengelakkan penyakit sebenarnya.



Minumlah air pada masa-masa di bawah ini. Amalkan dan anda boleh lihat perubahan pada diri anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Giggs Pecah Rekod Penampilan Terbanyak Dalam Sejarah UEFA Champions League

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

145 PENAMPILAN | 39 TAHUN





Penampilan Ryan Giggs dalam perlawanan menentang Shakhtar Donetsk tempoh hari mencatatkan rekod baru dalam kejohanan UEFA Champions League. Sebelum ini beliau dan seorang lagi pemain lagenda, Raul berkongsi tempat dengan 144 penampilan. Rekod ini juga dibantu dengan penyambungan kontrak bersama Manchester United walaupun sudah berusia 39 tahun.



Kejayaan paling manis Giggs dalam UEFA Champions League ketika menjadi juara dua kali pada tahun 1999 dan 2008. Selain itu beliau juga memegang rekod pemain tertua yang berjaya menjaringkan gol dalam UCL ketika menentang Benfica pada 14 September 2011 (37 tahun 289 hari).



Mungkin pada usia yang hampir mencecah 40-an beliau sudah tidak sepantas 22 tahun yang dulu. David Moyes mungkin lebih banyak menggunakan Giggs jika perlu sahaja dan sebagai pemain simpanan. Untuk bermain EPL memerlukan fizikal dan stamina yang tinggi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 2 | 3 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MAN CITY VS BAYERN MUNICH


LIVE STREAMING MANCHESTER CIY VS BAYERN MUNICH 3 OKTO 2013 KEPUTUSAN PENUH

Jadual Perlawanan UCL 2013/14 @ Astro [Klik]


Pertembungan awal pagi esok memang sengit di antara Juara UEFA Champions League 2012/13, Bayern Munich dan kelab elit EPL Manchester City. Kedua-dua pasukan sememangnya handal dengan barisan pemain bertaraf bintang. Bayern Munich memiliki Ribery (pemain terbaik UEFA 2012/13), Robben, Gotze dan Mandzukic. Manakala Manchester City tidak kurang hebatnya dengan Kompany, Toure, Aguero, Silva dan Nasri.



Bayern dan City berada dalam kumpulan D bersama CSKA Moscow dan Plzen. Mereka dilabel sebagai dua pasukan pilihan untuk mara ke pusingan 16 terakhir. Mampukah City menebus kekecewaan terkandas dua kali dalam saingan peringkat kumpulan?



Rekod tiga pertemuan sejak 2011 memihak kepada Bayern dengan 2 kemenangan berbalas 1. Kali terakhir mereka berentap di Final Audi Cup 2013 dalam sesi jelajah pra musim. Ketika itu Bayern Munich menang 2-1 ke atas Manchester City.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/