Jadual Perlawanan Piala Capital One 2013/14 | Undian Pusingan Ke-4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

GILIRAN CHELSEA DAPAT UNDIAN SENGIT


JADUAL ARSENAL VS CHELSEA 2013 CAPITAL ONE CUP LEAGUE CUP OKTOBER 2913, 4TH ROUND PIALA CAPITAL ONE 2013/14

Jadual Siaran Langsung Piala Capital One 2013/14 [Klik]

Perlawanan tumpuan dalam pusingan ke-4 Piala Capital One 2013/2014 bakal menemukan kelab elit EPL, Arsenal dan Chelsea. Awal pagi tadi, pemain muda Arsenal terpaksa berhempas pulas hingga ke penentuan penalti sebelum layak menentang West Brom. Seperti Manchester United, Arsene Wenger menggunakan peluang kejohanan Capital One untuk memberi pendedahan kepada pemain muda dan simpanan mereka.



Swansea City, juara bertahan Piala Capital One dikejutkan dengan kekalahan kepada kelab divisyen bawah, Birmingham City. Manchester United pula bangkit dari kekalahan besar kepada Manchester City dengan menundukkan seteru utama mereka di EPL, Liverpool melalui jaringan tunggal Chicharito.



Dalam pusingan ke-4 atau 16 terakhir, Manchester United diundi bertemu Norwich City di Old Trafford. Undian di laman sendiri memudahkan David Moyes merancang strategi dengan lebih baik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Piala Capital One 2013/14 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TIADA KEJUTAN BERLAKU


KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA CAPITAL ONE CUP 2013/14 MAN UTV VS LIVERPOOL 26 SEPTEMBER 2013



Sebanyak 11 perlawanan berlangsung pagi tadi dan seperti dijangka kesemua pasukan pilihan mara ke puisngan seterusnya. Kepada anda yang ketinggalan perlawanan Piala Capital One Pusingan ke-3 jangan bersedih. Follow Facebook dan Twitter untuk dapatkan info awal mengenai perlawanan bola sepak Inggeris.


Manchester City dan Tottenham yang berbelanja besar dalam musim perpindahan musim ini tiada masalah menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan 5-0 dan 4-0. Manchester City menebus kekecewaan kalah kepada Wigan dalam Final Piala FA musim lalu manakala Jovetic mencatatkan nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu.



Chelsea yang mendapat undian mudah juga menang di Swindon Town. Sementara itu, pasukan kebanggaan Malaysia, Cardiff City bagaimanapun tewas kepada West Ham sekaligus terkeluar dari saingan Piala Capital One 2013/14.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Aktiviti Karnival Usahawan Desa 2013 | 25 - 29 September di Putrajaya

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

KUD 2013 PASTI MERIAH


BILA KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013, DI MANA KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013, BAYARAN TIKET KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013,AKTIVITI PAMERAN KUD 2013



Karnival Usahawan Desa 2013 merupakan siri kelima yang akan diadakan selama lima hari bermula 25 hingga 29 September 2013 bertempat di Laman 1 Malaysia, Persint 2, Putrajaya. Acara ini menyasarkan hasil jualan sebanyak RM 5 juta dengan menjangkakan jumlah pengunjung seramai 700, 000 orang.



Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Seramai 600 usahawan seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam program kali ini. Antaranya demo masakan dan produk, 60 minit Ustaz Don, permainan rakyat, persembahan kebudayaan dan macam-macam lagi.



Bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, karnival ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 September2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/