[Video] Amaran Cristiano Ronaldo kepada Gareth Bale !

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

TACKLE SELAMAT DATANG


gambar ronaldo takel tackle bale di real madrid


Ronaldo memberi amaran kepada Bale bahawa dia masih lagi 'boss' di Real Madrid. Dalam sesi latihan minggu ini, Ronaldo dilihat melakukan terjahan keras ke kaki Gareth Bale. Mujurlah tiada kecederaan yang berlaku. Nakal betul Ronaldo ni. Mentang-mentang Bale pegang rekod pemain termahal di dunia sekarang [klik].



Sebenarnya Ronaldo wat gimik saja. Waktu ni pemain Real Madrid sedang berlatih 'pig in the middle' atau kita di sini biasa panggil main monyet. Tak pasti apa tu main monyet? Ala yang sorang kena duduk tengah sambil rampas bola dalam bulatan. Siapa silap kena jadi monyet. Latihan ini untuk meningkatkan skill kawalan bola dalam ruang yang sempit dengan pantas.



Bale diberitahu oleh Carlo Ancelloti untuk bermain di sebelah kanan. Sebelum ini, Bale pernah main di posisi tersebut dan lebih mudah untuk merembat menggunakan kaki kiri di sebelah kanan sebenarnya. Sama-sama kita tunggu aksi gandingan 186 juta pound beraksi hujung minggu ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Final MALAYSIA VS MYANMAR | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013





Malam esok 14 September 2013 merupakan tarikh penting untuk pasukan bola sepak Harimau Muda. Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2013 bakal mempertemukan Malaysia vs Myanmar buat kali ke-2. Jika di peringkat kumpulan kita berjaya menewaskan Myanmar 2-1, episod akhir ini masih belum tentu.


Dapatkan Tiket Pesta Bola Merdeka 2013 [Klik sini]

Kedua pasukan sama kuat dan seimbang antara bertahan dan menyerang. Kelebihan Malaysia mungkin dari set pieces kerana dua gol yang dijaringkan pada perlawanan tempoh hari berpunca dari sepakan percuma Wan Zack Haikal.



Kejayaan sebelum ini tidak akan mendatangkan apa-apa jika kita tewas di Final Pesta Bola Merdeka 2013. Jadi anak buah Ong Kim Swee harus waspada dengan taktik Myanmar B23.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Dilema Thamil Arasu vs Rozaimi Rahman | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MENJELANG FINAL MALAYSIA VS MYANMAR


THAMIL ARASU VS ROZAIMI HARIMAU MUDA, STATISTIK ROZAIMI VS THAMIL ARASU, GAMBAR THAMIL VS ROZAIMI, FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013 PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA VS MYANMAR 14 SEPT 2013



Sejak malam Harimau Muda vs Thailand, peminat tempatan sudah mula bercerita mengenai siapa lebih layak diturunkan dalam kesebelasan utama di final Pesta Bola Merdeka 2013 nanti. Beberapa fan page bola sepak cuba memperdebatkan isu ini dan banyak reaksi dari peminat yang kononnya berlagak seperti jurulatih pasukan. 

Live Streaming : Malaysia vs Myanmar | Final Pesta Bola Merdeka 2013 [Klik sini]

Kenapa perlu mempertikaikan kebolehan seseorang pemain? Jika pemain tersebut tidak bagus, sudah pasti Ong Kim Swee tidak akan panggil mereka. Yang pasti sama ada Thamil Arasu atau Rozaimi Rahman, keduanya memiliki bakat yang hebat berbanding yang tukang kutuk itu.



Kelebihan Thamil pada fizikalnya dan keboleharapan dalam situasi bertahan. Rozaimi pula memiliki larian pantas dan bijak mencari ruang melakukan rembatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/