Home » , , , , , , , , , , , , , » [Video] Keputusan Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 2013

[Video] Keputusan Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

COMEBACK DARI HARIMAU MUDA BAWA KE FINAL


KEPUTUSAN MALAYSIA VS MYANMAR 2013,KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MALAYSIA VS MYANMAR PESTA BOLA MERDEKA 2013, MALAYSIA VS MYANMAR 9 SEPTEMBER 2013, GOL WAN ZACK MALAYSIA VS MYANMAR



Malaysia menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013. Bagaimanapun Harimau Muda dipaksa bekerja keras untuk bangkit dari ketinggalan sebelum melakar kemenangan bergaya ke atas Myanmar, pencabar terkuat dalam edisi Pesta Bola Merdeka kali ini.



Ong Kim Swee melakukan sedikit pertukaran dengan memasukkan Nazmi Faiz dalam formasi 4-5-1 bagi mengekang kemaraan jentera serangan Myanmar yang pantas. Taktik itu dilihat menjadi. Malaysia mengawal hampir keseluruhan permainan dan seharusnya berada di depan jika kita berjaya menyudahkan peluang keemasan.



Minit ke-37 pintu gol Malaysia bolos akibat salah faham antara Izham dan Zubir menyebabkan bola melantun masuk ke dalam gawang pasukan negara,  Tersentak dengan gol Myanmar, Malaysia cuba mencari gol penyamaan tetapi gagal hingga tamat separuh masa pertama.



Separuh masa kedua, Wan Zack menjadi wira negara apabila hantaran sepakan percuma yang cantik pada minit ke-64 memperdaya pertahanan Myanmar dan Junior menanduk bola ke kawasan berbahaya sebelum kapten pasukan, Irfan Fazail mudah menolak masuk untuk menyamakan kedudukan.



Malaysia meneruskan asakan dan berjaya memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti. Pakar set piece Harimau Muda, Wan Zack tiada masalah untuk meledak gol kedua negara sekaligus memberi tekanan kepada pasukan Myanmar. Myanmar bermain dengan 10 orang di minit akhir ekoran insiden kad kuning kedua oleh Kyi Lin.


Pasukan Harimau Muda menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan 1 gol. Sesuatu yang boleh diambil contoh oleh skuad Harimau Malaya



Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat permainan. Jadi dari 2 perlawanan Malaysia sudah mengumpul 6 mata untuk mendahului kumpulan Pesta Bola Merdeka 2013. Perlawanan terakhir dengan Thailand tidak akan memberi sebarang perubahan kepada Malaysia yang sudah layak secara automatik ke Final Pesta Bola Merdeka 2013. Ong Kim Swee boleh merehatkan beberapa pemain tonggak untuk persediaan perlawanan akhir nanti.




2 pasukan teratas kumpulan akan layak ke final



Myanmar dan Thailand akan merebut satu lagi tempat ke aksi final. Pasukan yang gagal akan bertarung dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4 menemani Singapura.



Video Highlight Gol Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 2013





Next game : Malaysia vs Thailand | 11 September 2013

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Video] Keputusan Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets