Teka-teki : Bilakah Kali Terakhir ARSENAL Menang Piala @ Trofi ??

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

KE MANA PERGINYA SENGAT ARSENAL?





Masih ingatkah anda pada pasukan Invincible 2003-2004? Mereka mencipta rekod EPL dengan menghabiskan 38 perlawanan tanpa kalah dalam satu musim. Dengan 26 kemenangan dan 12 seri menjadikan keseluruhan 90 mata untuk Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris pada waktu itu. Mereka juga menjadi pasukan yang mengutip jumlah jaringan paling banyak (75 gol) dan bolos yang paling sedikit (26 gol).



Tidak cukup dengan itu, Arsenal meneruskan rekod tanpa kalah hingga 49 perlawanan (rekod baru EPL) sehinggalah mereka tewas kepada Manchester United 2-0 pada musim berikutnya. Zaman itu merupakan zaman kegemilangan Arsene Wenger bersama Arsenal. Thierry Henry menjadi ayam tambatan. Kerjasama dan taktikal counter attack sememangnya menarik untuk ditonton.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Top 5 : Keputusan Terbaik Yang Pernah Dibuat Dalam Sukan Bola Sepak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SIR ALEX FERGUSON UNGGULI CARTA




Ketinggalan 1-0 oleh jaringan Basler seawal minit ke-6, United hampir-hampir menerima kekalahan dalam Final UEFA Champions League 1998/1999. Masa perlawanan masih berbaki 3 minit (masa tambahan). Sepakan penjuru Beckham disambar Teddy Sheringham. Stadium Nou Camp bergema dengan sorakan penyokong Manchester United. Gol!! United berjaya mengikat Bayern dengan kedudukan 1-1.


Selang 2 minit, United mendapat 1 lagi sepakan penjuru. Keadaan menjadi semakin mendebarkan. Beckham sekali lagi menghantar bola dan kali ini Ole Gunner Solskjaer pula meranapkan impian Bayern Munich. Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Barcelona vs Atletico Madrid | Spanish Super Cup 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DAVID VILLA VS BARCELONA?


BARCELONA VS ATLETICO MADRID VS BARCELONA 2013 LIVE ASTRO, LIVE STREAMING BARCA VS ATLETICO MADRID


Updates : Barcelona Juara Spanish Super Cup 2013 (away goal)


David Villa akan melayan bekas pasukannya yang bertandang ke Stadium Vicente Calderon dalam pertemuan pertama Spanish Super Cup 2013 awal pagi esok. Spanish Super Cup mempertemukan Juara La Liga - Barcelona dan Juara Copa Del Ray - Atletico Madrid. Perpindahan penyerang sensasi Radamel Falcao ke Monaco [rujuk entri perpindahan terkini dunia 2013] memaksa Atletico Madrid mecari pengganti yang baru. Mereka membida David Villa untuk mengisi kekosongan itu.



Barcelona pula terpaksa melepaskan David Villa disebabkan kemasukan Neymar dengan harga yang agak tinggi. Jadi agak mustahil untuk Villa berada dalam kesebelasan utama. Menjelang Piala Dunia 2014, Villa sudah pasti mahu membuktikan beliau masih layak untuk mewakili negara Sepanyol. Rekod penjaring terbanyak Spain masih dipegang beliau dengan 56 gol sehingga hari ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/