Perlukah Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya vs Barcelona? | Atau sekadar mengejar populariti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA SEMAKIN TEMPANG




Apa sudah jadi dengan pasukan Harimau Malaya? Kekalahan demi kekalahan dengan pasukan berstatus kelab mungkin jalan selamat kepada jurulatih kesayangan FAM yang gemar bereksperimen, Datuk K.Rajagobal. Sebab apa? Kalau Malaysia memilih pasukan kerdil yang lain, kekalahan akan mengakibatkan kejatuhan ranking yang ketara. Tapi jika hanya menentang pasukan kelab mungkin hanya jatuh sedikit sahaja disebabkan tiada perlawanan antarabangsa.


Dalam 6 siri perlawanan persahabatan terakhir (Canberra,Sydney FC,Marconi Stallions,Chonburi FC,Chelsea, Shimizu) hanya 1 kemenangan diperolehi, 1 seri dan 4 kalah. Peminat ada hak untuk kritik jika kekalahan itu disebabkan persembahan yang buruk. Kenapa pasukan Harimau Muda boleh bermain lebih baik dari pasukan senior?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Perlawanan Manchester United vs Singha All Star | Friendly 13 Julai 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PRA MUSIM AEON TOUR 2013




Malam ini akan berlangsung perlawanan persahabatan pra musim AEON TOUR 2013. Manchester United akan melayan wakil kelab Thailand, Singha All Star di Bangkok. David Moyes bakal mengendalikan perlawanan pertama sebagai pengurus baru Manchester United. Berita yang kurang enak didengar semalam mengenai kecederaan hamstring yang dialami Wayne Rooney dan dijangka direhatkan selama sebulan.


Turut mengisi senarai pemain yang tercedera ialah Nemanja Vidic, Chris Smalling, Ashley Young dan Nani. Danny Welbeck akan bermula di posisi serangan dengan ketiadaan Rooney. Anders Lindegaard akan bermain sebagai penjaga gol di samping Rio Ferdinand, Patrice Evra, Ryan Giggs dan Micheal Carrick untuk membantu pemain muda yang akan diberi peluang malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan EPL Musim 2013/2014 | Astro @ Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

JADUAL TOP FOUR EPL MUSIM 2013/2014

jadual epl 2013/14, keputusan liga epl 2013/14,jadual liga perdana inggeris 2013 / 2014,jadual epl 2013 waktu malaysia,jadual epl 2013,jadual perlawanan epl,jadual live epl 2013 2014 astro,keputusan terkini epl 2013 2014
Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris

Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2013/14 [Klik]


Musim English Premier League (EPL) 2013/2014 pasti hebat! Mulanya kita dikejutkan dengan kehadiran pengurus baru 3 kelab teratas EPL iaitu Manchester United, Manchester City dan Chelsea. Pemburuan juara EPL sudah pasti terbuka luas kepada 5 pasukan termasuk Arsenal dan Tottenham. Melihat kepada susunan jadual antara big four, Manchester United bakal berdepan cabaran paling sukar.



Kehadiran Mourinho dan Manuel Pelleggrini akan mengubah senario bola sepak England. Mungkin Chelsea musim depan mempunyai kelebihan. Manchester City dan United (Moyes) di bawah pengurus baru perlu mendapatkan rentak secepat mungkin jika mahu menghalang kehebatan The Special One.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/