Keputusan Final Copa Del Rey 2013 | Real Madrid Terima Nasib Sama Dengan Manchester City

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

REAL MADRID 1-2 ATLETICO MADRID (AET)




Perlawanan derby yang penuh drama berakhir dengan pasukan Atletico Madrid menamatkan badi rekod tanpa kemenangan ke atas musuh setempat Real Madrid awal pagi tadi. Seperti dijangka perebutan piala terakhir bola sepak Sepanyol sememangnya sengit dan menyaksikan 14 kad kuning dan 2 kad merah dilayangkan pengadil.


Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menarik dan terpaksa ditamatkan dalam masa tambahan setelah terikat 1-1. Bagaimanapun nasib lebih menyebelahi Atletico Madrid apabila 3 percubaan Real madrid terkena tiang dan penjaga gol Atletico menjadi wira pasukan meyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Copa Del Rey | Real Madrid vs Atletico Madrid

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MISI TERAKHIR REAL MADRID BERSAMA MOURINHO?


real madrid vs atletico madrid 18 mei 2013


Perlawanan derby antara Real Madrid dan Atletico Madrid pasti dinantikan peminat bola sepak dunia dan Sepanyol khasnya. Final Copa Del Rey awal pagi esok menemukan musuh tradisi Madrid untuk membuktikan siapa lebih bertuah kali ini. Rekod kedua pasukan ini lebih memihak kepada Real Madrid yang mengekalkan rekod tanpa kalah sejak tahun 1999.


Real Madrid mara ke perlawanan akhir apabila menumpaskan seteru dan juara La Liga Barcelona dengan aggregat 4-2 manakala Atletico Madrid mengetepikan cabaran Sevilla dengan agregat 4-3. Pemain Atletico Diego Costa mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 7 gol diekori rapat Cristiano Ronaldo dengan 6 gol.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Europa League | Chelsea vs Benfica 16 Mei 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SIAPA LEBIH HANDAL? PERTARUNGAN BERMULA




Pagi esok merupakan cubaan terakhir dan ke-4 Chelsea membawa pulang trofi ke Stamford Bridge bagi meneruskan rentak ajaib mereka di kejohanan Eropah. Sebagai pasukan yang kaya raya dan baru menjadi juara UEFA Champions League 2011/2012 menerusi sepakan penalti, Chelsea dilihat kerap kali gagal di pentas akhir menentang pasukan bukan pilihan.


Tekanan pasti kini di bahu Benitez untuk melakukan kejutan buat pemilik kelab dan peminat yang meragui kemampuannya. Kejayaan beliau bersama Liverpool pada Final UCL 2005 tetap menjadi ingatan. Pastinya perlawanan pagi esok menjadi taruhan terakhir beliau.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/