Sir Alex Ferguson Bersara Dari Jawatan Pengurus Pasukan Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

BERITA TERKINI

gambar sir alex ferguson bersara


Sir Alex Ferguson akhirnya mengumumkan persaraan beliau sebagai pengurus pasukan Manchester United mengakhiri legasi 27 tahun bersama kelab tersohor itu. Bagaimanapun beliau tidak meninggalkan kelab itu sebaliknya dinakkan taraf kepada ahli lembaga. Antara yang disebut sebagai pengganti beliau adalah David Moyes (Everton) , Jurgen Klopp (Borussia Dortmund) dan Laurent Blanc (bekas pemain United).


Nama Jose Mourinho juga dikaitkan dengan posisi hangat ketika ini tapi mungkin tidak realistik kerana Chelsea sudah semakin hampir membawa semula bekas pengurus mereke ke Stamford Bridge akhir musim ini. Calon utama ketika ini sudah pasti David Moyes yang menjadi pengurus ke-3 paling lama berkhidmat di England selepas Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Sir Alex Ferguson Ketepikan Chicharito Punca United Kalah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

Kami Rindukan Chicharito!!



Tahniah kerana Manchester United sah bergelar juara EPL ke-20 dua minggu lalu dengan liga masih berbaki 4 perlawanan. Mengambil kira bagaimana United melepaskan gelaran kepada Manchester City dengan perbezaan gol musim lalu, kemenangan kali ini lebih bermakna sekali kepada seluruh pasukan United dari manager hinggalah coach dan physio.


Tetapi persembahan selepas mengesahkan kejuaraan liga sangat hambar. Pertama ketika menentang Arsenal di Emirates. Setelah diberi penghormatan oleh pemain Arsenal, rentak permainan United tidak menggambarkan mereka sebagai juara. Lemau dan tidak bermaya. Pemain Arsenal lebih bersemangat untuk mengutip 3 mata bagi memburu tempat ke UEFA Champions League.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MALAYSIA SAHKAN PEMAIN DI FINAL MALAYSIA GRAND PRIX GOLD 2013



Kebangkitan pemain muda negara menyerikan kem Malaysia kerana 2 kategori sudah mengesahkan wakil negara pada slot final esok. Separuh akhir perseorangan lelaki petang ini menampilkan aksi antara Iskandar Zulkarnain vs Soon Huat Goh. Dalam acara beregu lelaki pula beregu nombor 1 negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menentang pasangan Mohd Zakry/Mohd Fairuzizuan.


Beregu campuran dan wanita masing-masing mempunyai 2 dan 1 wakil pemain negara untuk merebut tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia 2013. Kejohanan Super Series ini diadakan di Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara dan akan berakhir esok sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi pada 5 Mei 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/