NO COMMENTS
Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2014 | Harimau Muda Malaysia
Penulis: Que | Kategori: 2014-2015 , asiangames , bola sepak , harimau muda , jadual , keputusan perlawanan , live streaming , malaysia , ong kim swee , peringkat kumpulan , separuh akhir , siaran langsung , skuad bawah 23 , sukan , sukan asia 2014
LALUAN SUKAR HARIMAU MUDA
Malaysia mendapat undian sukar dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014. Bersama-sama skuad Harimau Muda nanti adalah pasukan tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos. Untuk mara ke pusingan kalah mati, Malaysia perlu sekurang-kurangnya berada pada kedudukan kedua. Ini bermakna anak buah Datuk Ong Kim Swee perlu menang 2 dari 3 perlawanan untuk layak secara automatik.
Acara bola sepak ini disertai 29 buah negara dan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 terakhir. Kejohanan ini akan bermula pada 14 September hingga 3 Oktober 2014. Setiap pasukan perlu menghantar skuad bawah 23 tahun dan 3 pemain senior dibenarkan untuk turut serta.
Pencapaian terbaik pasukan negara pada tahun 1962 dan 1974 di mana kita berjaya mendapat tempat ketiga atau pingat gangsa sewaktu era kegemilangan bola sepak tanah air. Jepun merupakan juara bertahan pada edisi 2010. Korea Selatan ketika itu berada di tempat ketiga dan mereka pernah menjuarainya pada tahun 1986 yang mana mereka juga selaku tuan rumah.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq