Home » , , , , , , , , » Analisis : 5 Perkara Yang Kita Pelajari Dari Manchester Derby 2015

Analisis : 5 Perkara Yang Kita Pelajari Dari Manchester Derby 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MANCHESTER ITU MERAH



Saat yang ditunggu-tunggu peminat United seluruh dunia akhirnya tiba malam tadi. Kebangkitan selepas ketinggalan 1-0 di awal permainan dan kemudiannya menang 4-2 menunjukkan peralihan kuasa Manchester kepada warna merah kali ini. Kemerosotan City sudah boleh diduga dengan prestasi tidak menentu sejak dari awal tahun 2015.



City bagaimanapun lebih dahulu menguasai permainan dan United bernasib baik kerana Jesus Navas dan Milner gagal menyempurnakan peluang terhidang untuk memberikan kelebihan 2 gol. Pertahanan United nampak cemas mungkin kerana corak permainan pantas City dan cubaan melakukan perangkap ofsaid yang terlalu tinggi. David De Gea sekali lagi menjadi tunjang kepada kemaraan United yang kini sudah memenangi 6 perlawanan EPL berturut-turut termasuk kemenangan menentang Tottenham dan Liverpool.



Louis Van Gaal nampaknya sudah menemui formula terbaik untuk United merampas kedudukan 4 teratas dari musuh tradisi Liverpool. Formasi 4-4-2 atau 3-5-2 tidak menunjukkan kesan yang memberangsangkan sehinggalah kecederaan menimpa beberapa pemain utama seperti Di Maria, Van Persie dan Falcao memaksa LVG beralih kepada Fellaini, Mata dan Herrera dalam formasi 4-3-3 yang sinonim dengan beliau.



Berikut adalah 5 perkara yang boleh kita pelajari selepas perlaanan Manchester Derby malam tadi.



1) United kini semakin hampir dengan UEFA Champions League


Kebanyakan masa dalam musim ini United berada di bawah kelompok 4 teratas. Ini tidak dibantu dengan bilangan kecederaan yang terlalu ramai di awal musim. Kini sejak LVG menggunakan formasi 4-3-3, United berjaya menewaskan Tottenham, Liverpool dan terkini Manchester City. Dari 18 mata menentang pasukan top four musim lalu, United sudah mengutip 13 mata. Jumlah itu boleh dibanggakan seterusnya menunjukkan mereka mampu bersaing lebih hebat musim depan.



2) Krisis City dan Pellegrini


Prestasi City sejak berkongsi kedudukan di puncak liga bersama Chelsea pada tahun baru 2015 menampakkan penurunan drastik bagi sebuah kelab yang dipenuhi pemain berkualiti. Hanya 4 kemenangan dari 12 perlawanan liga termasuk penyingkiran dari 2 pertandingan (FA Cup dan UCL) menandakan berlaku krisis dalam skuad Manchester itu. Persoalannya berapa lama lagi Pellegrini mampu mempertahankan kedudukan selaku pengurus City?






3) Kelahiran semula Fellaini


Permulaan beliau di kelab Manchester mungkin kurang bernasib baik. Ketika itu David Moyes berhadapan dengan kesukaran mengambil alih dari pengurus lagenda, Sir Alex Ferguson. Pembeliannya diharap mampu memberikan impak seperti ketika berada bersama Everton namun sebaliknya berlaku. Kerap dipersalahkan kerana mudah kehilangan bola dan tidak konsisten untuk memenangi bola tinggi. Kini pemain tinggi lampai ini menjadi ayam tambatan LVG untuk merencanakan gerakan menyerang. 6 gol dalam musim 2014/2015 dan kebanyakkannya gol-gol penting buat United.



4) Pasukan City sudah hampiri zaman kejatuhan


Sukar dipercayai. Kelab yang mendominasi England dalam 3 musim dengan memenangi 2 EPL, 1 FA Cup dan 1 League Cup menghampiri zaman kejatuhan mereka. Rombakan besar-besaran diperlukan dan bahagian pertahanan mereka agak rapuh musim ini.



5) Pertahanan United nampak goyah


Mungkin jika dilihat dari keputusan akhir United menguasai permainan. Tetapi hakikatnya City terlebih dahulu menyerang dan United kelihatan hilang punca di awal permainan. Gandingan Smalling dan Jones agak goyah pada satu ketika. Pembelian Mats Hummels mungkin mampu mengatasi permasalahan ini dengan pengalaman dan kepimpinan beliau di bahagian pertahanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Analisis : 5 Perkara Yang Kita Pelajari Dari Manchester Derby 2015 "

  1. Ibu.Karina Safah Says:

    PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
    Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih atau kunjungi fb ini di https://www.facebook.com/pages/Keberhasilan-TKI-Menuju-Sukses/1656969247860496

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets