Home » , , , , , , » Manchester City Juara Piala Capital One 2013/2014

Manchester City Juara Piala Capital One 2013/2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

TROFI PERTAMA PELLEGRINI


Keputusan Akhir : Manchester City 3-1 Sunderland

Pellegrini memulakan karier beliau di England dengan bergaya apabila menyamai rekod Mourinho muncul juara Piala Liga atau Capital One dalam musim pertama bersama Manchester City. Melihat pada kekuatan skuad Man City, mereka merupakan pasukan pilihan sebelum perlawanan untuk memenangi trofi ini.



Walaupun Sunderland melakukan kejutan dengan gol awal pada minit ke-10, tetapi kualiti pemain yang dimiliki Pellegrini jauh berbeza. Gol menakjubkan Toure pada minit ke-55 mencetus kebangkitan. Sepakan lencong bak peluru ke bucu kiri gol Sunderland sangat sukar diagak oleh mana-mana penjaga gol di dunia.



Nasri kemudian menambah gol untuk City mendahului dengan tendangan menarik menggunakan luar kaki kiri terus menerjah jaring Sunderland. Pada minit terakhir, sedang Sunderland berusaha keras mencari gol penyamaan, City melakukan serangan balas pantas dan Navas pemain yang dimasukkan pada separuh masa kedua melangkapkan kemenangan yang bermakna untuk Manchester City merangkul trofi pertama musim ini.


Manchester United harus lega dengan keputusan ini. Biarpun mereka mencemburui kemenangan jiran itu, mungkin situasi lebih buruk bakal terjadi jika mereka ditakdirkan berakhir di tempat ke-7 dalam EPL. Ini kerana jika Sunderland muncul juara, slot automatik ke Europa League akan tertutup untuk pasukan yang menghuni tangga ke-7.



Tahniah Manchester City! Kegagalan musim lalu tanpa sebarang trofi sudah terbalas. Kini hanya mereka sahaja yang mampu memenangi 4 trofi dalam musim ini jika berjaya menyekat kemaraan Barcelona dalam UCL.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester City Juara Piala Capital One 2013/2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets