Home » , , , , , , , , , , , » Live Streaming Piala Sumbangsih Pahang vs Lions XII | 17 Januari 2014

Live Streaming Piala Sumbangsih Pahang vs Lions XII | 17 Januari 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAHANG KENA TUNTUT BELA

LIVE PAHANG VS LIONS XII SINGAPORE 17 JAN 2014 DI ASTRO, LIVE STREAMING PAHANG VS LIONS PIALA SUMBANGSIH 2014

Keputusan akhir : Pahang 1-0 Lions XII

Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal membuka tirai minggu ini. Bagi menghangatkan saingan musim baru, kita akan disajikan dengan perlawanan Sumbangsih 2014 untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Presiden FAM yang kita cintai. Negeri kelahiran Tuan Presiden dan kebanggaan Datuk Siti Nurhaliza, Pahang Darul Makmur yang menjadi Juara Piala Malaysia 2013 akan menentang Juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII dari Singapura.



Skuad Lions XII yang mendapat latihan di Liga Malaysia inilah juga yang menewaskan pasukan Harimau Muda kita di Sukan SEA 2013 yang lalu. Lebih menyedihkan apabila kita terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 dan pulang tangan kosong. Bagi mengubat duka itu, Pahang perlu menuntut bela atas kekalahan tersebut.



Sebenarnya aku pun baru perasan yang Piala Sumbangsih ni bersekali dalam kalendar Liga Super Malaysia. Maksudnya pasukan yang menang dalam 90 minit akan dapat 3 mata. Kalau seri mereka akan bermain penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah.



Pahang pernah memenangi Piala Sumbangsih pada tahun 1992 dan 1993 dan menjadi naib juara 5 kali. Kali terakhir Singapura memenangi piala ini pada tahun 1989. Jangan biarkan mereka mendominasi liga tempatan. Tunjukkan belalai mu wahai Tok Gajah!



Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2014

Pahang vs Lions XII



17 Januari 2014 (Jumaat)

Stadium Darul Makmur, Kuantan

8.45 pm di Astro Arena & TV1

Link Live Streaming | Link 1 | Link 2 | Link 3

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Live Streaming Piala Sumbangsih Pahang vs Lions XII | 17 Januari 2014 "

  1. KamilSalleh Says:

    Tahniah buat pasukan Pahang yang berjaya jadi juara Piala Sumbangsih pada tahun 2014 ini.

    Pahang Juara Piala Sumbnagsih 2014

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets