Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Undian Pusingan Kalah Mati 16 Terakhir UEFA Champions League 2013/14

Keputusan Undian Pusingan Kalah Mati 16 Terakhir UEFA Champions League 2013/14

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

NASIB BERBEZA KELAB INGGERIS

UNDIAN PUSINGAN KALAH MATI UCL 2013/14, KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN 16 TERAKHIR 2013/2014


Saat ini 16 pasukan terakhir UEFA Champions League Musim 2013/14 bakal ternanti-nanti siapa lawan mereka di pusingan kalah mati pada bulan Februari 2014. Dua kelab England, Chelsea dan Manchester United berjaya menjuarai kumpulan masing-masing. Manakala Arsenal dan Manchester City bakal berdepan undian sukar kerana hanya berjaya mendapat tempat kedua.



Secara teorinya, juara kumpulan akan mengelak pasukan juara dari  kumpulan lain. Setiap pasukan juga tidak boleh diundi semula dengan pasukan dari kumpulan dan negara yang sama. Sebagai contoh Bayern Munich tidak boleh diundi dengan Manchester City (kumpulan D) dan Bayern Leverkusen atau Schalke 04 (kelab Bundesliga).



Kejutan besar berlaku apabila juara Serie A, Juventus tersingkir ke Europa League setelah tewas kepada Galatasaray dalam perlawanan terakhir kumpulan. Begitu juga nasib Napoli yang terpaksa akur dengan format UEFA walaupun mereka mendapat 12 mata dari kumpulan F (kumpulan maut).



Juara kumpulan : Manchester United FC (ENG), Real Madrid CF (ESP), Paris Saint-Germain (FRA), FC Bayern München (GER, holders), Chelsea FC (ENG), Borussia Dortmund (GER), Club Atlético de Madrid (ESP), FC Barcelona (ESP)



Naib Juara kumpulan : Bayer 04 Leverkusen (GER), Galatasaray AŞ (TUR), Olympiacos FC (GRE), Manchester City FC (ENG), FC Schalke 04 (GER), Arsenal FC (ENG), FC Zenit (RUS), AC Milan (ITA)




Senarai wakil kelab mengikut negara.

  • England - 4 pasukan (Man Utd, Man City, Chelsea & Arsenal)
  • Germany - 4 pasukan (Bayern Munich, Dortmund, Bayern Leverkusen & Schalke 04)
  • Spain - 3 pasukan (Real Madrid, Barcelona & Atletico Madrid)
  • Italy - 1 pasukan (AC Milan)
  • France - 1 pasukan (PSG)
  • Turkey - 1 pasukan (Galatasaray)
  • Greece - 1 pasukan (Olympiacos)
  • Russia - 1 pasukan (Zenit)


Berikut adalah keputusan penuh undian perlawanan UCL pusingan kalah mati | Last 16




Antara undian tumpuan ialah kelab Arsenal dan Manchester City yang boleh diundi dengan kelab besar lain.

Arsenal : Real Madrid, PSG, Bayern Munich, Atlético Madrid, Barcelona

Manchester City :  Real Madrid, Dortmund, PSG, Atlético Madrid, Barcelona



Saksikan Siaran Langsung Undian Pusingan Kalah Mati UCL 2013/14

 16 Disember 2013 (Isnin)

7.00 pm waktu Malaysia

Astro Supersport (810) HD (834)

Link Live Streaming [Klik]



Saksikan Siaran Langsung Undian Pusingan Kalah Mati Europa League 2013/14

 16 Disember 2013 (Isnin)

8.00 pm waktu Malaysia

Astro Supersport 810 HD (834)

Link Live Streaming [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Pusingan Kalah Mati 16 Terakhir UEFA Champions League 2013/14 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets