Home » , , , , , , , , , , » EPL : Permulaan Baik Arsenal Tottenham & Liverpool | Juara Baru?

EPL : Permulaan Baik Arsenal Tottenham & Liverpool | Juara Baru?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

JUARA EPL MUSIM 2013/14 BERTUKAR TANGAN


ARSENAL JUARA EPL 2013, THE INVINCIBLE 2003-2004



Masih ingatkah anda pada gambar di atas? Lupa sebab dah terlalu lama? Pada yang tertanya-tanya (peminat baru EPL mungkin) inilah pasukan 'The Invincibles' Arsenal ketika musim 2003/2004 yang menamatkan 38 perlawanan EPL tanpa kalah. Sejak itu, pencapaian mereka dalam EPL sedikit merosot dan kemarau trofi berlarutan hingga tahun ke-8.



Musim ini setakat 6 perlawanan, Arsenal kembali mendahului carta EPL dengan 15 mata (5 kemenangan berturut-turut). Ternyata keputusan Wenger untuk memecah tradisi pembelian pemain dengan membawa masuk Mesut Ozil (42.5 Juta Pound) membuahkan hasil. Walaupun masih menanti gol pertamanya bersama Arsenal, tetapi kualiti yang ada pada Ozil cukup untuk memberikan nafas baru di bahagian serangan. Dengan 4 assist setakat ini, 3 daripadanya menerusi set pieces.



Turut berada dalam ranking top 3 ialah pasukan Liverpool yang tidak dapat lari dari sejarah mereka yang cukup digeruni satu ketika dahulu. Pembelian Sturridge dari Chelsea pada perpindahan Januari 2013 sangat berbaloi-baloi. Dalam 14 perlawanan bersama Liverpool musim lepas, Sturridge berjaya menjaringkan 10 gol. Musim ini pula, beliau meneruskan kecemerlangan dengan membantu Liverpool mencatatkan kemenangan dengan 5 gol dari 6 perlawanan.



GAMBAR SUAREZ DAN STURRIDGE LIVERPOOL



Gandingan Sturridge dan Suarez bakal menjadikan Liverpool saingan baru dalam perebutan takhta EPL. Kelebihan tidak beraksi di kejohanan Eropah sepatutnya memberi kelebihan kepada mereka. Brendan Rodgers perlu bijak menyusun strategi supaya perlawanan dengan pasukan 'Top 6' memberi lebih banyak mata kepada Liverpool musim ini. Segalanya tidak mustahil kerana untuk menang EPL, antara elemen penting ialah 3 mata, konsisten dan minimakan penggantungan serta kecederaan.



Tahniah kepada pengurusan kelab Tottenham kerana masih percaya kepada kemampuan Andre Villas-Boas. Walaupun gagal mencuri tempat ke-4 daripada Arsenal, pengalaman tahun pertama menguruskan kelab adalah perkara yang paling berharga. Disebabkan tidak dapat beraksi dalam UEFA Champions League, Tottenham terpaksa melepaskan Gareth Bale kepada Real Madrid dengan rekod dunia perpindahan pemain bola sepak, 86 Juta Pound.






Musim ini Tottenham menunjukkan keseriusan untuk kembali menyambar tempat 4 teratas dengan membawa masuk 7 pemain baru dengan harga melebihi 100 juta pound. Pelaburan tersebut berjaya mengubah corak permainan dan meletakkan mereka sebagai pencabar baru kejuaraan EPL.



Masih terlalu awal untuk kita jangkakan pasukan mana akan menjadi juara EPL musim ini. Firasat aku mengatakan mungkin akan ada perubahan sejak tahun 2005 yang hanya didominasi oleh Chelsea, Manchester United dan Manchester City.



Episod seterusnya - Chelsea, United & City

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Permulaan Baik Arsenal Tottenham & Liverpool | Juara Baru? "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets