Home » , , , , » Kalah sikit bukan penentu kemenangan liga | 3 mata lebih penting

Kalah sikit bukan penentu kemenangan liga | 3 mata lebih penting

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Kenapa Manchester United terus unggul di EPL



Salam.. Dah lama nak tulis pasal entri ni tapi belum ada masa nak karang topik hangat tahun 2013. Aku peminat tegar Manchester United sejak 1998. Sekarang dah masuk 15 tahun bersama The Red Devils. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku dapat ketika menonton perlawanan bola sepak EPL.


Antaranya permainan psikologi sebelum perlawanan, taktik sebelum dan semasa perlawanan penting, percaturan (gamble) perlawanan yang kurang penting, pengiraan mata dan penentuan juara liga, pasukan yang layak bermain di Eropah dan macam-macam lagi.



Apa yang aku tulis dalam blog ni semua melalui pemerhatian aku dan analisis yang aku baca dari web sukan dunia. Pasal bola sepak Liga - M memang aku dah tak ikut sangat sejak politik dan rasuah mula campur tangan. Tapi aku penyokong Harimau Malaya #SetiaHujungNyawa.


Pelbagai ragam peminat bola sepak yang aku dapat tengok bila dunia internet menjadi medan untuk mereka bertikam lidah. Ada yang terlalu fanatik kepada sesuatu pasukan sampai tak boleh nak terima kenyataan bila pasukan mereka kalah. Ada jugak peminat yang tunggu pasukan lain untuk kalah. Ada peminat yang tak habis-habis nak kutuk team lain.






Aku tak boleh nak ubah sikap dorang ni. Cuma aku harap pembaca blog Kafe Que dapat sesuatu yang berbeza dari kita sibuk nak kutuk team lain je. Pendapat yang aku tulis juga berdasarkan pengalaman aku main game Football Manager. Dalam game ni banyak ajar aku pasal susah senang tugas seorang manager.


Mesti ada yang cakap 'Ala setakat game ape la sangat' tak pun 'Ala game je pun. Tu pun nak kecoh' Tapi percayalah kepada kaki bola kat luar sana game Football Manager antara paling real yang pernah dihasilkan. Aku sampai sekarang masih main game ni dah nak masuk tahun 2023. Haha. Addicted. Kalau rajin aku post lah kejayaan aku dalam tu. Nak buat blog khas pun memang boleh sangat cuma masa je tak mengizinkan.


 Panjang pulak intro kali ni. Aku sebenarnya nak cerita pasal kedudukan EPL pada waktu ni. Manchester United menang pagi tadi 2-0 ke atas Southampton dan kembali menjarakkan 7 mata di depan Manchester City. Ada peminat City yang bangga bila pasukan mereka hanya kalah 2 kali berbanding United yang dah kalah 3 kali. Aku mampu tergelak sambil berfikir orang ni faham ke tak pasal bola sepak. Hehe



Carta Liga Perdana Inggeris Musim 2012/2013 sehingga 31 Januari




Hanya United ada peluang buru Treble [Baca sini]



Manchester City sebaliknya hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Air Asia (QPR) yang menghuni tangga tercorot liga. Apa sudah jadi Mancini? Sudahlah Balotelli dijual. Prestasi penyerang mereka merosot. Hanya David Silva yang menyinar kebelakangan ini. Kalau aku cakap dorang menang nasib season lepas korang setuju tak?? Ada sebab kenapa.



1. United kehilangan ramai tonggak utama yang tercedera pada waktu yang sama (terutama defend)

2. Kekalahan 6-1 di Old Trafford dan 1-0 di Etihad sudah bagi 6 points pada City

3. United sudah lead 8 points pada satu ketika tapi keputusan seri dengan Everton 4-4 dan kalah dengan Wigan berikutnya hanya memisahkan United 3 mata beza dengan City sebelum perlawanan penentuan di Etihad.

4. Gol Aguero pada minit ke-90+6 dalam perlawanan terakhir liga menentang QPR untuk menang 3-2. Memang dramatik kerana sebelum itu Manchester United dah menang di Stadium of Light.

5. Hanya perbezaan jaringan sahaja yang membezakan City dan United. Well Done City.

6. Kehadiran semula Tevez dalam kesebelasan utama City dalam bulan Februari 2012 membantu jentera serangan mereka di saat genting.



Carta Liga Perdana Linggeris Musim 2011/2012




Musim ni Manchester United memang banyak buat comeback dengan kemasukan Van Persie menguatkan kombinasi serangan. Hanya 5 perlawanan United gagal untuk mendapat mata penuh.


1. Everton (away) : Kalah 0-1
2. Tottenham (home) : Kalah 2-3
3. Norwich (away) : Kalah 1-0
4. Swansea (away) : Seri 1-1
5. Tottenham (away) : Seri 1-1


Tapi kehilangan 13 mata ini boleh dimaafkan dengan kemenangan demi kemenangan dengan so called Big Teams dalam EPL. Newcastle pun kira top gak last season kan.


1. Liverpool (away) : Menang 2-1
2. Newcastle (away) : Menang 3-0
3. Chelsea (away) : Menang 3-2
4. Arsenal (home) : Menang 2-1
5. Manchester City (away) : Menang 3-2
6. Liverpool (home) : Menang 2-1


18 mata ini bakal membezakan di mana United akan berada di akhir musim 2012/2013. Jika musim lalu , United gagal bermain dengan baik menentang pasukan elit EPL dan terpaksa berpuas hati di belakang City.


Kesimpulannya di sini, 3 mata lebih penting dari kalah sikit. Tak guna kalau kalah 2 kali tapi seri dengan pasukan lemah banyak sangat. Sebab seri hanya akan dapat 1 mata! Sekian..


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Kalah sikit bukan penentu kemenangan liga | 3 mata lebih penting "

  1. Izzat Aziz Says:

    Senang cerita, habis Januari, United masih no 1, maknanya boleh dikatakan United dah menang BPL. Mungkin aku bias, tapi akan jadi betul.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Izzat : Bro, aku risau 1 je. United masih lagi dalam 3 competition. City hanya main 2 je. Dorang xde mid week games. Kalau nak ckp skrg baru Februari.. jauh lg tu ;)

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets