Mampukah Bersih 2.0 Membawa Perubahan Atau Sekadar Demonstrasi Jalanan
Penulis: Que | Kategori: campaign , isu semasa
Keadaan di sekitar ibu negara hari ini menjadi huru hara dengan lambakan penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 . Dilaporkan puluhan ribu orang telah menyertaikan perarakan ke stadium negara. Kekecohan berlaku apabila polis dikatakan bertindak menghalang jalan kumpulan itu (mereka cuba menukar laluan ke dataran merdeka) menyebabkan pergaduhan kecil berlaku. Beberapa individu berpengaruh (Haji Abdul Hadi Awang & Khairy Jamaluddin) telah ditahan untuk disoal siasat. Laporan terbaru yang diterima mengatakan lebih 700 orang telah ditahan kerana ingkar arahan polis untuk bersurai.
Kredit: AzriJohan
8 Perkara Tuntutan Bersih 2.0
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MEREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Kami Sokong Pilihanraya Yang Bersih & Adil
Kredit : Google
Personally, aku tiada masalah dengan tuntutan ini. Perkara yang benar harus ditegakkan. Lebih2 lagi isu rasuah dan politik kotor yang melanda negara sejak sekian lama. Tapi apakah cara perhimpunan yang dipilih ini boleh menyelesaikan masalah? Atau masing-masing hanya mahu menunjukkan kuasa. Ada berita mengatakan polis menahan beberapa individu yang membawa senjata merbahaya. Bila polis bertindak, kita kata polis ganas. Polis hanya menjalankan tugas mereka menjaga keamanan negara.
Kami Mahu Hentikan Rasuah & politik Kotor
Kredit : Google
Walau apapun berlaku kerajaan memerintah masih ada kuasa. Kita sebagai rakyat boleh menyuarakan ketidakpuashatian melalui saluran yang betul. Perhimpunan sebegini hanya menimbulkan kekacauan dan kebencian. Diharapkan agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat duduk semeja dan selasaikan isu ini sebelum ia menjadi lebih parah. Kita tidak mahu pertumpahan darah berlaku lagi di negara Malaysia tercinta ini.
Aku puji usaha BERSIH menuntut hak rakyat. Kerajaan perlu ambil serius akan perkara ini untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia.
Sebelum mengakhiri ucapan saya, terimalah alunan muzik dari sebuah lagu yang popular. Semoga terhibur :)
Sebelum mengakhiri ucapan saya, terimalah alunan muzik dari sebuah lagu yang popular. Semoga terhibur :)
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
July 9, 2011 at 10:46 PM
yup . huru-hara yg kita dapat . 8 tuntutan ?
[Reply to comment]July 9, 2011 at 10:58 PM
shafika : kita melopong je r
July 10, 2011 at 9:39 AM
mahu ke kerajaan dengan pembangkang duduk semeja selesaikan hal ni
[Reply to comment]July 10, 2011 at 10:30 AM
nohoho : kalau xnk isu ni jd lebih parah la..huhuhu..ikutkn ego mmg payah