Home » , » Mampukah Bersih 2.0 Membawa Perubahan Atau Sekadar Demonstrasi Jalanan

Mampukah Bersih 2.0 Membawa Perubahan Atau Sekadar Demonstrasi Jalanan

Penulis: Que | Kategori: ,

Keadaan di sekitar ibu negara hari ini menjadi huru hara dengan lambakan penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 . Dilaporkan puluhan ribu orang telah menyertaikan perarakan ke stadium negara. Kekecohan berlaku apabila polis dikatakan bertindak menghalang jalan kumpulan itu (mereka cuba menukar laluan ke dataran merdeka) menyebabkan pergaduhan kecil berlaku. Beberapa individu berpengaruh (Haji Abdul Hadi Awang & Khairy Jamaluddin) telah ditahan untuk disoal siasat. Laporan terbaru yang diterima mengatakan lebih 700 orang telah ditahan kerana ingkar arahan polis untuk bersurai.


perhimpunan bersih 2.0 9 julai 2011,poster perhimpunan bersih,perarakan bersih 2.0,kumpulan bersih 2.0
 Kredit: AzriJohan

Objektif utamanya hanya untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong di istana negara. Namun usaha tersebut telah gagal disebabkan cara yang kurang efisyen. Dan selepas ini mereka terpaksa memikirkan jalan lain supaya memorandum itu berjaya disampaikan. Antara tuntutan mereka ialah :


8 Perkara Tuntutan Bersih 2.0


1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MEREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR


 Kami Sokong Pilihanraya Yang Bersih & Adil

pilihanraya bersih dan adil,piliharaya umum,undilah parti
Kredit : Google


Personally, aku tiada masalah dengan tuntutan ini. Perkara yang benar harus ditegakkan. Lebih2 lagi isu rasuah dan politik kotor yang melanda negara sejak sekian lama. Tapi apakah cara perhimpunan yang dipilih ini boleh menyelesaikan masalah? Atau masing-masing hanya mahu menunjukkan kuasa. Ada berita mengatakan polis menahan beberapa individu yang membawa senjata merbahaya. Bila polis bertindak, kita kata polis ganas. Polis hanya menjalankan tugas mereka menjaga keamanan negara.


Kami Mahu Hentikan Rasuah & politik Kotor
rasuah musuh negara,kartun rasuah,hapuskan rasuah bersih,politik kotor
 Kredit : Google


Walau apapun berlaku kerajaan memerintah masih ada kuasa. Kita sebagai rakyat boleh menyuarakan ketidakpuashatian melalui saluran yang betul. Perhimpunan sebegini hanya menimbulkan kekacauan dan kebencian. Diharapkan agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat duduk semeja dan selasaikan isu ini sebelum ia menjadi lebih parah. Kita tidak mahu pertumpahan darah berlaku lagi di negara Malaysia tercinta ini.


Aku puji usaha BERSIH menuntut hak rakyat. Kerajaan perlu ambil serius akan perkara ini untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia.


Sebelum mengakhiri ucapan saya, terimalah alunan muzik dari sebuah lagu yang popular. Semoga terhibur :)



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

4 Responses to " Mampukah Bersih 2.0 Membawa Perubahan Atau Sekadar Demonstrasi Jalanan "

  1. Peeka Syuhada Says:

    yup . huru-hara yg kita dapat . 8 tuntutan ?

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    shafika : kita melopong je r

  3. nohoho =) Says:

    mahu ke kerajaan dengan pembangkang duduk semeja selesaikan hal ni

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  4. Que Says:

    nohoho : kalau xnk isu ni jd lebih parah la..huhuhu..ikutkn ego mmg payah

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets