Sikap Pemandu Malaysia | Stereng Kereta Bukan 1 Isyarat
Penulis: Que | Kategori: campaign , jalan raya , kesalahan trafik , lebuh raya , pemandu berhemah , polis , saman , tabiat
Hi semua, seperti dijanjikan blog KafeQue bakal disajikan dengan topik-topik hangat dan informatif..Back to the topik.. Perkara ni mungkin hari-hari kita dengar.. Kemalangan sana sini.. Pemergian orang tersayang.. Puncanya?? SIKAP pemandu Malaysia..
Kredit : Google
Saban tahun bilangan kereta akan bertambah disebabkan penambahan bilangan pemandunya..Kesesakan di bandar-bandar utama menjadi asam garam penduduk kota.. Tak hairanlah kalau ada yang sanggup keluar rumah seawal jam 6 pagi untuk elak trafik jam.. Terperangkap dlm trafik jam memang stress.. Lambat memang dah tentu.. Kaki nak tekan brek lama-lama pun leh krem..Hehe.. Mata kena fokus pada jalan dan kereta lain.. Kang terlanggar jadi 1 hal lain pulak kan.
Statistik tak dapat tipu.. Kemalangan berpunca dari SIKAP pemandu itu sendiri.. Ya, pemandu kita memang HEBAT.. Ada yg tidak mempedulikan pengguna jalan raya lain.. Kereta mewah bukan tiket untuk kita buat jalan raya seperti kita yang punya.. Peraturan is peraturan.. Kalau bawak slow pakailah lane kiri (ko ingat kereta BMW tak leh ikut lane kiri ke?? Takut jatuh standard?? ) Dah tu, nak tukar lane bagilah signal.. Dah tau kereta belakang banyak lagi nak bikin panas (ko ingt kereta ko tu signal die build in skali dengan stereng ke?? Ko pusing kanan signal kanan pun ON automatik..) Kalau jalan tu ko sorang pakai tak payah bagi pun aku tak heran.. Jangan ingat semua orang dapat baca NIAT kita.. Tak luak pun bateri tu kalau nak dibandingkan dgn nyawa manusia..
Signal kereta dicipta utk memberi isyarat kepada pengguna lain tentang ke mana pergerakan@haluan kita selepas ini.. Masa ujian boleh pulak ikut (3 saat sebelum belok bagi signal) sebab apa?? Sebab takut gagal.. Bukan takut kena langgar.. Konsep pun tak betul dah macam mana.. Nampak kecik tapi implikasi boleh jadi besar sekiranya malang menimpa.. Ada kes pulak, orang dah bagi signal bukan nak bagi laluan.. SELFISH betol la.. Setakat bagi laluan 3-4 saat takde efek la masa korang tu..
Isu kenderaan berat pun 1 hal.. Banyak sangat lately accident pasal lori dan bas.. Bukan senang nak bawak sebenarnya.. Dengan muatan lagi.. Kadang-kadang pemandu kereta dan motor ni tak sabar.. Abang lori dan bas kalau boleh bagi laluan, bagilah.. Sama gak kereta pun.. Jangan nak kasi drebar lori ni naik angin.. Sekali dilanyak habis kereta korang..huhu.. Aku kalau boleh memang akan lari dari lori ngan bas ni.. Risau gak kalau sumting bad happens.. Da tau berat bawak slow-slow je k.. Tak perlu nak berlumba siapa sampai dulu.. Masing-masing ada tanggungjawab.. Renungkan..
Ada tak sapa-sapa rasa speed limit highway 110km/j ni patut dinaikkan?? Sebab tengok ramai orang dah bawak Inspira, Honda, Vios, BMW.. Speed limit lebih 180 km/j (Boleh try kat highway malam-malam ..Hehe) Kalau setakat bawak 110km/j macam takde class plak.. Kalau lane tengah pun dah bwk 110, lane kanan apetah lagi.. Nak tak nak kena la tekan minyak untung-untung speed trap takde (Kalau ade memang nasib tak baek la).. Tapi bawak laju kena la hati-hati sebab anything emergency kita kena peka sebab nak brek.. Apa-apa pun gunakanlah kenderaan anda sebaik mungkin..
Bukan senang nak jadi pemandu berhemah.. Peka dgn keadaan sekeliling.. Ikut peraturan pada waktunya (Jangan skema sangat..bosan) Tali pinggang keledar bukan direka untuk hiasan.. Semua ada fungsi tertentu.. Periksa & servis kereta apabila tiba masanya.. PREVENTION IS BETTER THAN CURE
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
June 18, 2011 at 12:22 AM
Kalau kita memandu berkhemah ada yang sebaliknya. Yang paling sadis apabila kita terlibat kemalangan kerana kecuaian orang lain
[Reply to comment]June 18, 2011 at 7:39 AM
AkuBiomed : Kite kne terima hakikat..Kdg2 takdir mmg dah tertulis..Mungkin Allah nk uji kite..Atau mungkin ianya balasan kpd kita..Ape2 pn perlu ada langkah berjage2..Sekiranya berlaku kemalangan mungkin ada hikmah disebaliknya..
Ada kes kite diberi kemalangan kecil di suatu kwsn kerana Allah nk lindungi kita dari kemalangan yg lbh besar di hadapan..Renung2kan lah