Musim Hambar Buat United - Part 1
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , manchester united , sukan
Salam semua pembaca blog Kafe Que.. Ini merupakan entri pertama berkaitan bola@sukan yang aku hidangkan.. FYI, aku merupakan antara jutaan penyokong fanatik skuad bola sepak Inggeris - Manchester United "Glory2, Man United".. Hampir 12 tahun aku membesar dengan United.. Jatuh bangun tetap bersama United.. Menjadi kegemaranku melihat United bermain setiap minggu dan sesekali aku mengkritik percaturan pengurusnya yang semakin tua nyanyuk - Sir Alex Ferguson..
Musim 2010-11 menyaksikan United pasukan tunggal yang mempertahankan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan dan berkongsi mata dengan pendahulu liga Chelsea.. Di peringkat liga juara- juara eropah pula, dengan keputusan menang 1-0 ke atas Rangers FC awal pagi tadi menjadikan United satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod tanpa dibolosi sebarang gol "clean sheet" setelah 5 perlawanan.. Semuanya kelihatan menarik tentang prestasi anak buah Sir Alex..
Aku sebagai pengkritik United tetap mengatakan musim ini adalah musim hambar bagi mereka.. Seolah-olah masih tiada peningkatan setelah pemergian Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Carlos Tevez (Man City).. Pada musim perpindahan kali ini, pihak pengurusan hanya membeli 3 pemain baru untuk memperkemaskan jentera serangan serta pertahanan.. Kemasukan Chris Smalling (Fulham) , Javier Hernandes "Chicharito" (Chivas) dan Bebe (Estrela Amadora) melengkapkan pembelian sebanyak 20 Juta pounds..
Malang sekali apabila aku melihat tiada pemain tengah yang dibeli oleh mereka.. Sampai bila beliau terpaksa berharap kepada Scholes (36 tahun) dan Giggs (37 tahun).. Pemain seperti Mezut Ozil, Rafael Van Der Vaart, Luka Modric sepatutnya menjadi sasaran United sejak awal-awal lagi.. Nadi sesebuah pasukan terletak pada bahagian midfield nya.. Cuba kita lihat kesan bagaimana ketiadaan Essien & Lampard kepada Chelsea, Fabregas kepada Arsenal, Gerrard kepada Liverpool.. Kelebihan pemain tengah ialah mereka dapat mengatur gerakan serta mengawal tempo permainan.. Carrick tidak konsisten, Fletcher kurang dari segi hantaran jauh, Anderson kerap kali injured.. Hargreaves pula menjadi bahan gamble Sir Alex apabila diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Wolves setelah lebih 2 tahun tidak beraksi (totally nonsense la) .. Selepas 5 minit beraksi, beliau terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan hamstring dan menyebabkan beliau terpaksa direhatkan selama 5 minggu.. Kamon la Sir Alex aku yang takde pengalaman pun boleh fikir la..
Tips : Sekiranya sesorang pemain itu baru pulih dari kecederaan, beliau memerlukan masa untuk kembali pada tahap sebenar. Cara yang terbaik adalah memberikan "masa bermain" kepada mereka secara beransur-ansur. Contohnya dalam bermain dalam reserve team ataupun letak di bangku simpanan untuk memberi mereka 5-10 minit perlawanan sebenar.
Seterusnya kita beralih ke bahagian serangan.. Nani yang dikatakan mampu menjelmakan bayangan Ronaldo kekadang dilihat "try to be clever" tidak kena pada tempatnya.. Decision making seperti hantaran pendek dan crossing masih perlu diperbaiki. Musim lepas Antonio Valencia begitu efektif sehingga memaksa Nani menunggu peluang untuk diturunkan dan bermain di posisi sayap kanan.. Namun khidmat Valencia terpaksa dilupakan seketika ekoran kecederaan teruk di kaki menyebabkan beliau terpaksa berehat sehingga April 2011.. Rooney dengan masalah peribadi menjejaskan tumpuan beliau ketika di padang hingga hampir mencetus kontroversi perpindahan dari United pada musim hadapan. Berbatov kelihatan menyengat di awal musim terutamanya apabila menjaringkan hatrik ketika menentang Liverpool di Old Trafford.. Namun beliau ketandusan gol sejak dari perlawanan tersebut.. Bintang Mexico ketika Piala Dunia 2010 tempoh hari, Chicharito, kini menjadi ayam tambatan Sir Alex yang menyaksikan beliau meledakkan gol-gol penting buat United ketika Berbatov dan Rooney buntu di hadapan pintu gol.. Beliau ternyata menjadi pembelian paling bijak oleh United kerana proses pemindahan telah dilakukan sebelum berlangsungnya Piala Dunia..
Bersambung..
Ikuti Musim Hambar Buat United - Part 2 dalam entri berikutnya.. Jangan ketinggalan..
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 25, 2010 at 11:26 PM
que... sama la aku pon peminat man united... aku pun setuju dgn ko... midfield MU masih mengharap kepada kekreatifan scholes dengan giggs, betul kita patut beli modric yang rasanya lebih murah daripada van der vart.
[Reply to comment]lagi satu aku tak berapa suka la dengan obertan tu... bebe bagi aku dia patut main striker... masa dia main wing kanan aritu tah ape ape la dia punya crossing... melilau ke mana mana... tapi as a striker aku rasa dia boleh pegi jauh... future macam boleh harap gandingan dia dgn chicarito... smalling bagi aku akan menggantikan rio... dia mungkin bakal bergandingan dengan johnny evans atau adik johnny tu...
yang penting midfield player... yang kreatif... scholes berapa lama je boleh bertahan
November 25, 2010 at 11:34 PM
kalau tak silap aku, hargreaves dah main beberape perlawanan dlm reserve team sebelum die masuk lwn wolves aritu...
[Reply to comment]dan pade pendapat aku, midfielder terbaik man u ade skang ni adelah fletcher...aku bole cakap tonggak united skang ni...kalau takde die, united akan main lagi teruk...kebanyakkan game united, die main...pade pendapat aku la
November 25, 2010 at 11:48 PM
peaqour : modric ni aku men dlm football manager 2009 mmg mantop..aku amik spurs..hehe..van der vaart aku nk MU beli sbb die left footed..
pasal obertan die ni main xde rentak..suke2 nk bwk bola..agk xleh bwk mule la gelabah..bebe hancus mse main wing ari 2..klu 10 cross die wat, 1 je la kot yg jadi..hehe..smalling ptt tuka nama pd highling sbb tggi sgt..
maverick:thnx 4 ur comment..btul hargreaves ade men reserve..but he's not fit to start the 1st team game ari 2..aku ckup pnas ngn Sir Alex..
fletcher mmg bgus sbb die rjin cover defend n mng bola kt midfield..tp die xleh naik slalu sbb xde org nk back up..thru pass die kdg2 manis gak..tp aku suka klu ade midfield yg bole thru atas wat mcm scholes..diagonal ball tepat2 kt kaki winger..pergh..
aku nak sorg lg attacking mid yg boleh amik set pieces, kreatif, passing ability mcm fabregas..sure gegar..aku ingt ozil@van der vaart mk msuk..skali haram xde
November 26, 2010 at 9:35 AM
ribery pon ok tak... dah murah kot skarang... since dah tak main dalam first eleven france team... takpun bastian schweinteger pon pilihan yang bijak... lasanna diara pun dulu bari impak bagus kat real madrid... sejak ozil masuk dia diketepikan...
[Reply to comment]November 26, 2010 at 2:58 PM
peaqour: ribery tersgtlah ok..tp Sir Alex trust young players die..certain time young player ni xleh cope pressure n level of consistency kurg..Arsenal sebagai contoh..Player mude bgus2 tp konsistensi paling penting dlm perebutan liga..
bastian pn manis..tgk la bayern nk lpas ke x..lassana defensive minded sket..passing die xpower..aku admire ngn essien..energy level sgt tggi..dengar2 dorg tgh usha Alexis Sanchez (Chile & Udinese) die ni winger leh main kiri n kanan..
Esok man u lwn blackburn..hrp rooney perform