Musim Hambar Buat United - Part 2
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , manchester united , sukan
Dalam entri Musim Hambar Buat United - Part 1 kita telah lihat beberapa fakta serta masalah bahagian tengah dan serangan United pada musim ini.. Kali ini aku akan sentuh bahagian pertahanan yang mempunyai rekod terbaik dalam EPL pada musim 2009/10 dengan hanya dibolosi 28 gol dalam 38 perlawanan walaupun krisis kecederaan yang melanda sehingga memaksa Fletcher dan Carrick mengisi posisi tersebut dalam bebeperapa perlawanan penting.. Umum mengetahui Ferdinand mengalami kecederaan sebelum bermulanya Piala Dunia 2010 yang menyebabkan beliau terpaksa diketepikan hampir 3 bulan.. Vidic, pemain jelmaan Steve Bruce mengemudi benteng pertahanan sewaktu ketiadaan pasangan beliau itu di permulaan musim..
Di sebalik bermula baik dengan mengetepikan cabaran Newcastle yang kembali ke liga perdana dengan keputusan 3-0, namun United tampak goyah di bahagian pertahanan dalam perlawanan itu.. Kelekaan Johnny Evans serta kesilapan O'Shea kerap kali memberi ruang kepada pemain lawan mengucar-kacirkan pertahanan United. Rentetan dari masalah itu, sewaktu pertemuan dengan Fulham Hangeland menjaringkan gol penyamaan 2 minit sebelum masa tamat memaksa United berpuas hati dengan 1 mata.. Rekod perlawanan di tempat lawan menyaksikan dari 7 perlawanan, United hanya menang sekali (Stoke City) dan seri 6 kali (Fulham, Everton, Bolton, Sunderland, Man city dan Aston Villa).. Dalam perlawanan di Goodison Park, United telah mendahului 3-1 pada satu ketika dan seolah-olah mampu menewaskan pasukan Everton.. Walaubagaimanapun, 2 gol dalam masa 2 minit di penghujung perlawanan oleh Cahill dan Arteta sekali lagi membuatkan United pulang hampa..
Tips: Sekiranya pasukan anda sedang mendahului ketika permainan berbaki 5 minit, pasukan lawan akan cuba mencari gol penyamaan dengan meletakkan seramai mungkin pemain mereka di bahagian serangan. Tindakan anda hanyalah perlu menukar taktik permainan dari attacking kepada lebih defensive dan menunggu peluang untuk melakukan serangan balas (counter attack). Contohnya dari formation 4-4-2 anda boleh menukar kepada 4-5-1 atau 5-4-1. Taktik melengahkan masa juga amat berkesan dan akan membuatkan pemain lawan berasa tertekan.
Kegagalan United untuk mempertahankan kelebihan jaringan turut dirasai ketika perlawanan di tempat sendiri.. Mendahului Liverpool 2-0 sehingga minit ke - 62, kekasaran yang tidak perlu dilakukan oleh Johnny Evans di dalam kotak penalti ke atas Torres menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool.. Steven Gerrard mudah memperdayakan Van der Sar untuk gol yang memberi harapan buat Liverpool.. Dengan momentum memihak kepada pasukan lawan, pemain United mula membuat kesilapan demi kesilapan.. Selang 6 minit kemudian, giliran O'Shea melakukan kekasaran yang tidak sepatutnya di luar kotak penalti yang dilihat sebagai kawasan merbahaya. Gerrard sekali lagi menjadi pemusnah apabila menyempurnakan sepakan percuma untuk gol penyamaan.. 2-2 seolah-olah membayangkan episod duka United kini mula menghantui Old Trafford.. Kelebihan 2 gol yang disia-siakan menyebabkan tugas berat menanti dengan permainan berbaki 20 minit.. Dan pada minit ke - 83, O'Shea menebus kesilapan beliau dengan melakukan hantaran lintang yang disudahkan oleh Berbatov untuk gol ketiganya malam itu.. United terselamat dari mencatatkan keputusan seri.
Minggu sukar United hadir apabila terpaksa menentang pasukan jiran Man City serta Aston Villa yang dikendali pengurus baru, Gerard Houllier dalam tempoh 4 hari di tempat lawan.. Dalam perlawanan derby menentang Man City, penyudah tumpul dan ketandusan idea mengakhiri perlawanan hambar pada malam itu. 0-0 mungkin dilihat sebagai keputusan baik buat United yang berjaya mengekang asakan Man City di tempat lawan.. Namun lain jadinya di Villa Park, apabila pasukan muda Aston Villa dilihat menguasai perlawanan dengan gerakan-gerakan merbahaya.. Hantaran lintang yang tidak putus-putus memberi tekanan terhadap pertahanan United yang akhirnya dihukum apabila Ashley Young dijatuhkan di dalam kawasan penalti oleh Wes Brown.. Sepakan penalti yang sempurna, 1-0 Aston Villa mendahului.. United yang dilihat semakin terdesak memasukkan Obertan dan Macheda bagi menggantikan Berbatov dan Chicharito yang kelihatan letih pada perlawanan kali ini.. Aston Villa melancarkan serangan demi serangan ke kubu United dan akhirnya membuahkan hasil 5 minit kemudian.. Hantaran lintang Downing mudah ditolak masuk oleh Albrighton (pemain muda Villa) menjadikan kedudukan semasa 2-0.. Semua serba tak menjadi buat United.. Baki perlawanan yang tinggal 15 minit dimanfaatkan United untuk mencari gol penyamaan.. Macheda, pemain gantian serta Vidic menjadi wira United dalam perlawanan itu apabila masing-masing menyudahkan gerakan pada minit 80 dan 84 untuk meneruskan rekod tanpa kalah United dalam EPL musim ini..
Apa yang membimbangkan aku, kelekaan di benteng pertahanan akan menghukum United dalam perlawanan yang lebih mencabar selepas ini.. Pengalaman Van der Sar yang kini berusia 40 tahun masih lagi ditagih dan diberi kepercayaan oleh Sir Alex untuk menjaga benteng terakhir United.. Persefahaman beliau bersama Ferdinand dan Vidic adalah kunci kejayaan United dalam mengharungi musim mencabar untuk merampas kembali kejuaraan liga daripada Chelsea.. Kini setelah 14 perlawanan United berada di tempat ke-2 berkongsi mata dengan Chelsea dibezakan dengan goal difference (GD).. 7 kemenangan dan 7 seri memberi United hanya 28 mata.. Rekod tanpa kalah ini tidak akan bermakna sekiranya United gagal memenangi kejuaraan liga musim 2010/11.. Itu antara cabaran anak-anak buah Sir Alex untuk memastikan seluruh skuad fokus ketika menentang Blackburn malam ini.. Menyerang dan bertahan sebagai 1 unit..
Aku lebih prefer kalah 2 kali tetapi menang 12 kali yang mana membolehkan pasukan aku mengumpul 36 mata.. Lebih 8 mata dari pasukan United buat masa ini..
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 28, 2010 at 6:54 AM
hmm.. i wonder if they read my post..suddenly it turns to b a 5 stars performance by United..Magnificent 7!!