Analisis : 5 Perkara Yang Kita Pelajari Dari Manchester Derby 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MANCHESTER ITU MERAH



Saat yang ditunggu-tunggu peminat United seluruh dunia akhirnya tiba malam tadi. Kebangkitan selepas ketinggalan 1-0 di awal permainan dan kemudiannya menang 4-2 menunjukkan peralihan kuasa Manchester kepada warna merah kali ini. Kemerosotan City sudah boleh diduga dengan prestasi tidak menentu sejak dari awal tahun 2015.



City bagaimanapun lebih dahulu menguasai permainan dan United bernasib baik kerana Jesus Navas dan Milner gagal menyempurnakan peluang terhidang untuk memberikan kelebihan 2 gol. Pertahanan United nampak cemas mungkin kerana corak permainan pantas City dan cubaan melakukan perangkap ofsaid yang terlalu tinggi. David De Gea sekali lagi menjadi tunjang kepada kemaraan United yang kini sudah memenangi 6 perlawanan EPL berturut-turut termasuk kemenangan menentang Tottenham dan Liverpool.



Louis Van Gaal nampaknya sudah menemui formula terbaik untuk United merampas kedudukan 4 teratas dari musuh tradisi Liverpool. Formasi 4-4-2 atau 3-5-2 tidak menunjukkan kesan yang memberangsangkan sehinggalah kecederaan menimpa beberapa pemain utama seperti Di Maria, Van Persie dan Falcao memaksa LVG beralih kepada Fellaini, Mata dan Herrera dalam formasi 4-3-3 yang sinonim dengan beliau.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Manchester United vs Manchester City 12 April 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG UNITED AKHIRI BADI


Keputusan akhir : Manchester United 4-2 Manchester City

Perlawanan derby ke-169 malam ini merupakan medan terbaik untuk Manchester United menamatkan badi kekalahan 4 kali berturut-turut kepada musuh tradisi setempat, Manchester City. Prestasi terkini pasukan yang semakin meningkat menjadikan United sebagai pasukan pilihan. Dalam perlawanan pertama di Etihad, United tewas 0-1 melalui jaringan Aguero selepas dipaksa bermain 65 minit dengan 10 orang pemain.



Kini Manchester United berpeluang mengukuhkan kedudukan dalam tempat 4 teratas dan mencabar Arsenal yang mencatatkan kemenangan ke-8 berturut-turut awal pagi tadi. City berada di tangga ke-4 kurang satu mata dari pasukan United. Jika mahu menang, Louis Van Gaal perlu mengekalkan kesebelasan sedia ada yang semakin serasi dan menunjukkan peningkatan.



Dominasi di bahagian tengah amat penting jika sesebuah pasukan ingin memenangi perlawanan. Trio Carrick, Fellaini dan Herrera akan berdepan gandingan Yaya Toure, Fernandinho dan mungkin Fernando jika Manchester City menukar formasi 4-3-3. Rooney dan Aguero masing-masing akan buktikan siapa lebih berbisa dalam situasi sebegini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Terbongkar] Jersi Baru Manchester United 2015/2016 Tajaan Adidas

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

ADIDAS GANTI NIKE




Adidas telah diumumkan sebagai penaja baru pakaian kelab Manchester United pada musim 2015/2016. Perjanjian ini menggantikan Nike yang mengakhiri tempoh 13 tahun pada 31 Julai 2015. Pendedahan ini tentunya menggembirakan peminat Manchester United yang inginkan kelainan kepada reka bentuk jersi kelab mereka.



Adidas yang merupakan syarikat jenama Jerman akan menaja United buat kali kedua. Sebelum ini mereka pernah menaja kelab itu bermula 1980 hingga 1992. Kemudian United ditaja syarikat Umbro sehingga Nike mengambil alih pada tahun 2002. Dari sumber tidak rasmi, tiga reka bentuk yang mungkin menjadi jersi rasmi kelab Manchester United didedahkan.



Jersi pertama atau tuan rumah nampak agak tipikal dengan warna merah dan putih. Cuma yang menarik perhatian adalah jersi kedua dan ketiga yang agak berlainan dengan reka bentuk sebelum ini mirip kepada jersi Bayern Munich yang lama. Kolar V dalam jersi kedua memang stylo! Jom kita layan jersi-jersi baru Manchester United musim depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/