Harga Tiket Online Malaysia vs Tottenham Hotspur 27 Mei 2015 | AIA Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BERSEDIA PENYOKONG SPURS



Kelab bola sepak EPL, Tottenham Hospurs bakal hadir ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Harimau Malaya pada 27 Mei depan. Pertemuan hebat ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam.



Anak buah Dollah Salleh yang dikecam hebat ketika tewas 0-6 kepada Oman tempoh hari bakal berdepan tugas berat untuk menahan asakan pemain-pemain hebat seperti Harry Kane, Christian Eriksen, Erik Lamela, Roberto Soldado dan ramai lagi.



Peminat bola sepak tempatan dan kelab Tottenham boleh mendapatkan tiket awal secara atas talian di www.tickethotline.com.my sekarang! Harga tiket bermula dari RM 58 hingga RM 428. Perlawanan Malaysia vs Tottenham ini dibawa khas oleh AIA dengan kerjasama FAM.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harapan Tipis Manchester City untuk Pertahan Kejuaraan EPL

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

MANCHESTER CITY TENAT



Kekalahan mengejut 1-2 kepada kelab kerdil Crystal Palace awal pagi tadi hampir menutup peluang Manchester City mempertahankan kejuaraan EPL musim ini. Dengan hanya berbaki 7/8 perlawanan, City perlu mengharapkan keajaiban berlaku untuk menyelamatkan nasib mereka. Mereka kini sudah ketinggalan 9 mata dibelakang Chelsea dengan lebih 1 perlawanan.



Ini bermakna jika Chelsea mampu menang baki perlawanan, mereka akan mendahului dengan 12 mata bersamaan dengan 4 kekalahan yang membolehkan City memintas semula kedudukan. Teori itu nampak agak mustahil kerana City bukan sahaja ketinggalan 12 mata tetapi juga berada di tempat keempat dibelakang Chelsea, Arsenal dan Manchester United. 



Kekuatan Chelsea terletak pada taktikal Mourinho yang mempunyai pemain serangan yang mampu menjaringkan gol dari pelbagai posisi dan pertahanan serta penjaga gol yang berkaliber. Arsenal dan Manchester United juga mempamerkan konsistensi di saat akhir manakala Manchester City mengalami sedikit kemerosotan terutamanya ketika beraksi di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Permainan PACMAN kini di Google Maps | Percuma Bermula 1 April 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

HILANGKAN TENSEN



Google mengejutkan pengguna Google Maps dengan permainan yang popular di zaman 90-an PACMAN. Dalam kekusutan rakyat Malaysia berdepan dengan GST bermula 1 April 2015, Google menggunakan hari 'April Fool' untuk menceriakan pengguna Google Maps di serata dunia.



Permainan PACMAN ini mengambil jalan-jalan di dalam peta. Semakin sukar jalan yang anda pilih, semakin mencabar laluan PACMAN nanti. Pengguna boleh menguji kecekapan mereka mengendalikan PACMAN dari serangan musuhnya. Bagi yang nak hilangkan tensen kesibukan kerja di pejabat, permainan ini sudah pasti menghiburkan sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu.



Kepada yang berminat untuk mencuba permainan ini tanpa sekatan, layari laman web Google Maps dan cari ikon PACMAN di sudut kiri bawah monitor anda. Permainan ini hanya perlu menggunakan keyboard sahaja dan boleh dimainkan di desktop, peranti Android dan IOS.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/