Jadual & Keputusan FIFA Club World Cup Championship 2014 Morocco

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID WAKIL EROPAH



Kejohanan pada tahun ini sedang berlangsung bermula 10 hingga 20 Disember 2014 di Morocco. FIFA Club World Cup 2014 merupakan edisi ke-11 yang menemukan juara-juara dari setiap kejohanan di 6 benua. Antara kelab yang terlibat adalah :



UEFA - Real Madrid (Spain)

CONMEBOL - San Lorenzo (Argentina)

CONCACAF - Cruz Azul (Mexico)

CAF - ES Setif (Algeria)

AFC -  Western Sydney Wanderers (Australia)

OFC - Auckland City (New Zealand)

Host - Moghreb Tétouan (Morocco)



Setiap pasukan bertanding perlu menamakan 23 orang pemain (3 daripadanya penjaga gol) dan pertukaran pemain akibat kecederaan dibenarkan dalam masa 24 jam sebelum perlawanan bermula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran PC Fair 19 - 21 Disember 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2014 (III)




Pameran komputer terbesar, PC Fair 2014 akan berlangsung minggu ini di KL Convention Centre bermula pada 19 hingga 21 Disember 2014. Sempena cuti sekolah, ibu bapa bolehlah membawa anak mereka melihat gadjet terkini sambil berjalan di Aquaria dan PetroSains KLCC. Untuk kakitangan kerajaan, gaji mereka akan masuk pada 18 Disember sempena perayaan Krismas pada bulan ini. Untunglah!


Jangan ketinggalan okeh!


Program : PC Fair 2014

Tarikh : 19 - 21 Disember 2014

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Kalendar Hari Cuti Am 2015 | Seluruh Negeri di Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JADUAL CUTI 2014

JADUAL CUTI SEKOLAH 2015 SELURUH NEGARA


Tidak sampai dua minggu lagi kita akan melangkah ke tahun 2015. Sekolah pun hampir dibuka semula. Setiap tahun paling dinantikan ialah kalendar cuti am dan negeri. Secara teori setiap negeri akan ada lebih kurang 19 hari cuti umum tak termasuk Sabtu dan Ahad. Malaysia memang banyak cuti!



Sampaikan terlalu sayangkan cuti kerajaan siap bagi cuti ganti jika hari pelepasan am tu jatuh pada hari  Jumaat, Sabtu atau Ahad (bergantung pada negeri). Contohnya pada tahun 2015, cuti Hari Wesak pada hari Ahad. Jadi bagi negeri yang sepatutnya cuti pada hari Ahad mereka akan dapat cuti ekstra pada hari Isnin.



Banyak kegunaan kalendar cuti ni. Bagi mereka yang nak buat kenduri kahwin, doa selamat, hari keluarga dan melancong eloklah buat perancangan dari sekarang. Antara tarikh menarik untuk cuti panjang pada Tahun Baru Cina dan Hari Merdeka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/