[Video Gol] Keputusan Kelantan vs Pahang | Final Piala Malaysia 3 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

THIS IS PANTAI TIMUR

Kredit video : Sokernet.com

 Keputusan akhir : Kelantan 0-1 Pahang


Tahniah pasukan Pahang yang menjuarai Piala Malaysia 2013. Gol tunggal perlawanan oleh penjaring terbanyak Pahang, Mathias Conti sudah cukup untuk meranapkan impian pemain Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan dalam edisi kali ini.



GOL PAHANG VS KELANTAN VS PAHANG 3.11.2013, VIDEO PERLAWANAN KELANTAN VS PAHANG FINAL PIALA MALAYSIA, PIALA MALAYSIA 2013 FINAL AKHIRMungkin ramai yang tidak menyangka akan keputusan ini. Tetapi peminat sekalian harus faham apa itu permainan bola sepak. Bola itu bulat. Pasukan mana yang lebih dominan dan bernasib baik akan menang sesuatu perlawanan.



Dalam kes ini, Pahang turun tanpa tekanan dan mereka mempamerkan aksi penuh bersemangat. Walaupun rekod tidak memihak kepada mereka, Dollah Salleh sudah dapat menghidu kelemahan pertahanan Kelantan dengan ketiadaan Obinna yang digantung perlawanan. Tahniah kerana taktik itu menjadi malam ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Final Kelantan vs Pahang | Piala Malaysia 3 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PAHANG VS KELANTAN | ASTRO ARENA


PERLAWANAN AKHIR KELANTAN VS PAHANG VS KELANTAN 3 NOVEMBER 2013, PAHANG VS KELANTAN AKHIR 2013 ASTRO TV1, KELANTAN VS PAHANG LIVE ASTRO 3 NOV 2013

Keputusan akhir : Kelantan 0-1 Pahang [Video Gol]

'This is Pantai Timur'. Itu antara ayat yang sering kedengaran di bibir peminat bola sepak tempatan setelah Pahang dan Kelantan mengesahkan tempat di Final Piala Malaysia 2013. Pertemuan skuad Kijang dan Tok Gajah ini mengulangi perlawanan di peringkat kumpulan yang mana rekod memihak kepada pasukan Kelantan.



Kelantan malam ini akan membuat penampilan ke-4 dalam tempoh 5 tahun di pentas Final Piala Malaysia selaku juara bertahan. Pahang pula mengakhiri penantian 16 tahun untuk mara ke perlawanan akhir. Dilabel sebagai pasukan pilihan, Kelantan masih perlu berhati-hati dengan kejutan pasukan Pahang.



Selain dari pertarungan pemain di tengah padang, isu peminat yang hadir juga mendapat perhatian. Lebih kurang 2500 anggota polis ditempatkan di Stadium Melawati, Shah Alam malam ini untuk memantau aspek keselamatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Piala BIDC 2013 Kemboja | Harimau Muda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PRA SUKAN SEA 2013 #HarimauMuda




Pasukan Harimau Muda akan memulakan latihan pemanas badan Sukan SEA 2013 dengan menyertai kejohanan jemputan Piala BIDC 2013 yang dianjurkan oleh Bank Pelaburan dan Pembangunan Kemboja. Kejohanan edisi ke-3 ini akan bermula pada 2 November hingga 10 November 2013. Kesemua pasukan yang terlibat merupakan pemain bawah 23 tahun negara masing-masing.



Perlawanan akan dilangsungkan bertempat di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja. Sebanyak 6 negara telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada Kemboja (tuan rumah), Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar dan Malaysia.



Malaysia diundi bersama Kemboja dan Laos dalam Kumpulan B, manakala Thailand, Myanmar dan Vietnam dalam kumpulan A. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/